Wednesday, September 22, 2010

Blog Anti Zaid dibina - Kenapa Hingga Jadi Begini??

Selain dari akan memperolehi nama dan juga sedikit pengaruh jawatan bagi Timbalan Presiden PKR itu tidak menjanjikan apa-apa sebenarnya andaikata Pakatan Rakyat dan PKR sendiri terkangkang dipintu Putrajaya..

Namun begitu kempen yang berjalan bagi merebut Jawatan Timbalan Presiden PKR kelihatan semakin hebat dan panas, dengan berbagai-bagai dakwaan berlakunya penyelewengan dan salah guna harta kerajaan negeri mula kedengaran.

Malaysiakini hari ini melaporkan lima nama telah dicalonkan dan Naib presiden PKR, Azmin Ali telah memperolehi 43 pencalonan manakala pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala naib presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan.

Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah pengarah strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.


Itu adalah pencalonan dari Cabang yang sebenarnya bukanlah mewakili suara akar umbipun bagi sesetengah tempat.. jadi tiada apa yang boleh dibanggakan disini.. yang akan menentukan siapa sebenarnya bakal memegang kerusi Timbalan Presiden itu ialah 400,000 ahli PKR seluruh negara.. lainlah jika disaat-saat akhir etika pemilihan ditukar pula dari 400,000 ahli menjadi hanya pencalonan dari Cabang-cabag sahaja yang akan diambil kira.

Contohnya seperti yang terjadi di Permatang Pauh.. asalnya dikatakan undi dari 6117 ahli PKR Permatang Pauh akan menentukan siapa yang akan memegang jawatan Timbalan Ketua Cabang akhirnya ianya bertukar menjadi hanya satu suara ghaib yang datangnya dari langit (menerusi satelit) yang menentukan siapa Timbalan Ketua Cabang.. kisahnya di SINI

Yang jelas kelihatan sengit adalah pertandingan diantara Azmin Ali dan Zaid Ibrahim dan diantara mereka berdua yang sering diserang ialah Zaid Ibrahim yang pernah dianggap sebagai wira semasa PRK Hulu Selangor beberapa bulan yang lepas.

Semalam beliau diserang oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi dengan kaedah yang biasa digunakan oleh UMNO iaitu menyerang peribadi lawan.. kisahnya di SINI

Hari ini pula muncul sebuah blog yang dibangunkan oleh entah siapa khusus bagi menyerang peribadi Dato Zaid .

Blog yang diberikan nama sebagai ‘Selamatkan KeAdilan’ dan mottonya ialah Jangan biarkan orang luar musnahkan parti.

Kononnya menurut admin blog tersebut, ianya dilahirkan diatas kesedaran untuk menyelamatkan Parti Keadilan Rakyat (KeAdilan) daripada dimusnahkan oleh seseorang yang ditaja oleh ahli perniagaan yang tamak dan rakus.

Blog ini juga akan memaparkan pendedahan demi pendedahan tentang siapakah orang yang dimaksudkan di atas.Kepada pembaca dan sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tentang kejahatan orang yang dimaksudkan, sila email ke antizaid@gmail.com.

Soalnya mengapa hingga jadi begini? Mengapa kita perlu memberikan peluru-peluru kepada musuh kita iaitu UMNO dan BN untuk menyerang dan membunuh ahli kita sendiri? Mengapa perlu kita menghulurkan pedang kepada musuh kita untuk memancung sahabat kita sendiri?

Tidakkah itu khianat namanya? Khianat kepada seorang teman seperjuangan..

Tidak terfikirkah manusia yang membangunkan blog tersebut akan implikasi yang akan menimpa Dato Zaid dalam PRU yang akan datang andaikata beliau dicalonkan sebagai Calon PKR untuk PRU yang akan datang?

Apa yang boleh digunakan oleh Blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat untuk menangkis serangan dari blogger-blogger Pro UMNO yang menggunakan segala maklumat yang disiarkan oleh blog tersebut?

Mengapa perlu bertindak sehingga begini BODOH dalam menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada seseorang?

Yang akan diserang itu ialah Ahli kita sendiri, ahli yang pernah kita dari PKR mencalonkan dan menobatkannya sebagai Hero kita semasa PRK Hulu Selangor dulu.

Ahli yang telah kita terima dengan bangganya ketika beliau mengumumkan untuk menyertai PKR..

Adakah kerana beliau menentang Azmin Ali dalam Pemilihan ini maka beliau perlu dianggap sebagai musuh? Kalau takut menerima tentangan kenapa perlu bertanding? hanya minta bantuan dari Tangan atau Suara Ghaib itu bagi mencaturkan segalanya.. menyusun siapa saja yang disukainya..

Itulah yang terjadi andai dibiarkan nafu tamak untuk berkuasa menguasai diri..

Bagaimanapun dari tema blog ini iaitu ‘Selamatkan KeAdilan’ jelas kelihatan bahawa manusia yang membangunkannya bukanlah seorang yang peka terhadap Parti, kerana menurut perlembagaan PKR yang terbaru ejaan bagi keadilan sepatutnya ialah ‘KEADILAN’ bukannya ditulis sebagai ‘KeAdilan’.

Selain dari tidak peka terhadap perkembangan Parti, manusia yang membangunkan blog tersebut juga jelas tidak tahu akan wujudnya Etika Pemilihan Parti yang mengatakan dengan jelas bahawa ‘Setiap anggota tidak boleh memfitnah, mengeji, menghina, menjalankan kempen atau serangan berupa cacian terhadap calon lain atau kehidupan peribadi calon atau keluarganya.’

Kenapa perlu bertindak begitu BODOH hanya kerana mahu melihat Azmin Ali dinobatkan sebagai Timbalan Presiden PKR?

Tak perlulah kita mendedahkan semua keburukan teman seperjuangan kita hanya kerana mahu melihat manusia yang disokong kita menang.. simpanlah sikit untuk dihari muka..

Sedarlah... PKR itu bukan untuk Azmin Ali ataupun Zaid Ibrahim dan juga PKR itu bukannya untuk Anwar sendiri.. tapi ianya dibina untuk menuntut keadilan buat rakyat yang dijajah UMNO/BN!!!

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails