Tuesday, September 7, 2010

Bila pulak kami Pro-Azmin?

Cerita apa depa ni buat ni.. pagi semalam satu kumpulan MP kata depa sokong Azmin, petangnya pula ramai yang menafikannya..

Hari ini pula pagi tadi satu kumpulan ADUN menyatakanmereka menyokong Azmin, bila petang pula ada diantara nama ADUN yang didakwa menyokong Azmin tu menafikannya..

Jangan main-main la woi!!


Lebih ramai perwakilan PKR nafi label 'pro-Azmin'

Beberpa perwakilan PKR di Selangor dan Negri Sembilan yang didakwa menyokong keputusan naib presiden, Azmin Ali dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua parti itu menafikan mereka dalam kumpulan berkenaan.

Pagi tadi, bertempat di Shah Alam, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari yang mendakwa mewakili sembilan rakannya di Selangor dan empat dari Negeri Sembilan berkata mereka berdiri teguh menyokong Azmin.

Sebelum ini, pada sidang akhbar yang hampir sama yang diadakan oleh kumpulan ahli parlimen PKR mendakwa 18 ahli parlimen dan dua senator menyokong Azmin mengisi jawatan nombor dua dalam parti itu.

Bagaimanapun tinjauan mendapati tidak semua ahli parlimen yang didakwa itu memberi kebenaran supaya nama mereka digunakan untuk dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong Azmin.

Hari ini perkara yang sama berulang, dan ramai ADUN yang melahirkan rasa terkejut kerana dinamakan sebagai kumpulan pro-Azmin oleh Yaakob.

Antara mereka ialah ADUN Kajang, Lee Kim Sin, yang berkata dia tidak membantah majlis pagi tadi tetapi dia sebenarnya berkecuali dan tidak terbabit dengan kumpulan seperti didakwa oleh Yaakob.

“Pendapat saya, terlalu awal untuk mjenyatakan sokongan kerana pencalonan belumpun dimulakan. Saya akan tunggu sehingga pencalonan dan memerhati suasana.

“Walaupun Azmin adalah ketua Selangor, namun kita mesti pilih pemimpin berdasarkan keperluan parti dan kebolehnya, bukan dengan pihak mana dia bergabung,” kata Lee.

ADUN lain yang mendakwa nama mereka diheret oleh Yaakob tanpa diberitahu termasuk Chai Tong Chai (Chuah), Aminudin Harun (Sikamat), Gan Pei Nei (Rawang) dan Rodziah Ismail (Batu Tiga).

Bagaimana jika Syed Husin tak berundur?

Chai berkata dia tidak akan menyatakan skongan kepada sesiapa setakat ini timbalan presiden PKR sekarang, Syed Husin Ali belum mengumumkan secara rasmi yang beliau akan bersara.

“Terlalu awal untuk menyokong sesiapa? Bagaimana jika Syed Husin Ali ingin bertanding semula?” soalnya.

Syed Husin, walaupun dijadual akan berundur - amat dihormati di kalangan ahli parti dan sebarang usaha mencabarnya dijangka akan memecah-belahkan PKR.

Aminudin pula mengesahkan dia diminta menyertai sidang akhbar pagi ini tetapi menolak undangan itu.

“Bagi saya, ini ursan dalaman, jadi tak perlu senaraikan nama saya jika saya tidak hadir...Di Negeri Sembilan, ahli fokus menunaikan tuntutan Ramadan daripada memikirkan pemilihan parti,” katanya.

ADUN Taman Medan Haniza Talha berkata secara peribadi beliau tidak ada masalah untuk menyokong Azmin bertanding sebagai timbalan presiden.

"Pencalonan daripada (ahli) cabang, bukan daripada saya. (Kita) perlu bersikap adil. Kalau sebuah parti demokratik, kita terpaksa untuk melalui perkara ini. Tidak ada jalan pintas.

'Kita kita tak boleh buat keputusan, kena bincang dengan akar umbi dulu. Apa nak tergesa-gesa. Pencalonan dibuat selepas raya," katanya.

Tambahnya beliau hanya mengetahui bahawa sidang media itu akan diadakan selepas dihubungi oleh "seseorang' pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails