Tuesday, September 7, 2010

Azmin lantik Anwar pengurus kempennya?

Sebuah portal berita online hari ini melaporkan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini.

Anwar menjadi Pengurus kempen untuk Azmin??

Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan Dato Zaid Ibrahim dan ahli-ahli PKR yang tidak bersetuju Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden bila membaca laporan berita itu..

Betapa hancur luluhnya perasaan mereka..


Mereka mengharapkan sebuah pemilihan yang telus dan adil.. tetapi Ketua Umum mereka menunjukkan sebaliknya..

Tidakkah anda akan memaki Anwar dengan perkataan ‘Hipokrit!’ , ‘Babi Betoi orang tua ni’, ‘tak boleh harap sungguh!’, ‘Lidah bewak’ dan berbagai-bagai lagi makian..

Bayangkan pula anda berada ditempat Dato Zaid pula.. tidakkah anda akan berasa sakit hati dan marah dengan tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu?

Marah dan Sakit Hati yang pasti akan menimbulkan perasaan untuk keluar dari PKR..

Marah dan Sakit Hati yang juga pasti akan menimbulkan kebencian terhadap Anwar yang di pergunakan oleh Azmin, benci kepada Azmin kerana mempergunakan Anwar untuk meraih sokongan dalam mendapatkan jawatan tersebut.. lantas mereka berdua akan mula ditolak dari PKR..

Tetapi…

Sabar wahai sahabat-sahabatku.. berita itu aku petik dari Media yang menjadi tunggangan UMNO iaitu Utusan.. Media yang boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai bila ianya melapurkan berita tentang Anwar dan PKR..

Motifnya... anda sendiri telah merasainya..

********************************************

Apa motif Azmin lantik Anwar pengurus kempennya?

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Tindakan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengurus kempennya untuk pemilihan November ini, dipersoalkan oleh bekas Exco kanan parti itu.

Zamil Ibrahim yang juga bekas Setiausaha PKR Kedah melihat pelantikan penasihat parti itu ke jawatan tersebut sebagai sesuatu yang pelik.

"Ia jelas membuktikan Azmin memang mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia Anwar sehingga membolehkannya mempergunakan ketuanya itu bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mendakwa Anwar sedang giat berkempen untuk memastikan Azmin menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu kelak.

"Anwar akan mengecam teruk siapa sahaja yang tidak bersama dan menyokong Azmin. Siapa yang tidak berbuat demikian maka Anwar mengecam mereka sebagai pembelot dan penderhaka yang mahu mensabotaj parti.

"Ramai yang tertanya-tanya bagaimana Naib Presiden PKR itu mampu 'tarik hidung' Anwar?" katanya.

Baru-baru ini, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah mendakwa, Azmin mempunyai 'kunci' ke atas segala rahsia utama Anwar.

Beliau mendakwa, 'kunci' itulah yang menjadi senjata utama kepada Azmin untuk mendapatkan apa sahaja yang diingininya tanpa dapat dihalang oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Zamil berkata, di dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP juga terdapat perbezaan dari segi calon yang disokong untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

"Anwar begitu kuat menyokong Azmin sedangkan DAP menyokong Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim sementara Pas pula memberi sokongan kepada Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub," dakwanya.

Ekoran sokongan penuh Anwar kepada Azmin, Zamil secara peribadi percaya Azmin akan menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Dalam pada itu, Zamil yang juga bekas pengurus kempen Rahman Osman iaitu calon Presiden PKR sewaktu pemilihan lalu turut mendakwa, Anwar bukan seorang pemimpin yang demokratik.

Beliau mengimbau sewaktu pemilihan lalu, apabila Anwar menaiki pentas 10 minit sebelum Pengerusi Tetap parti pada ketika itu memanggil perwakilan memilih calon Presiden, untuk menasihatkan perwakilan supaya memilih isterinya.

"Rahman yang berasa terhina dengan tindakan Anwar itu terus menuju ke pentas berjumpa Pengerusi Tetap parti dan memberitahu beliau menarik diri lalu Wan Azizah menang tanpa bertanding," dakwanya.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails