Saturday, September 25, 2010

AZMIN ALI!! Sila Ambil Perhatian!

Artikel ini ditulis bukannya untuk menyerang Azmin Ali biarpun namanya akan disebut berulang kali tetapi sebagai peringatan buat semua pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dari PKR terutamanya Azmin Ali sendiri..

Dalam kesibukan kempen Pemilihan 2010 yang berlangsung sekarang, antara susuk tubuh yang kelihatan amat sibuk menjalankan kempen keseluruh Semenanjung dari Utara hingga ke Selatan Tanah air dari Timur hingga ke Barat malah melangkau hingga ke Sabah dan Sarawak ialah Azmin Ali.

Kesibukan beliau pasti bertambah setelah Puteri Reformasi Nurul Izzah juga telah mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden itu.

Beliau kelihatan begitu bersunguh-sunguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang telah dikosongkan oleh Syed Husin Ali, seolah-olah jawatan tersebut menjanjikan kuasa yang sangat besar.

Mungkin kerana kesibukan mengejar jawatan tersebut beliau telah terlupa akan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya oleh pengundi-pengundi beliau di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, beliau mungkin terlupa bahawa pengundi – pengundi di kawasan itu mengundi beliau sebagai Ahli Parlimen dan ADUN mereka untuk menyelesaikan masaalah mereka.

Beliau seolah-olah terlalu yakin bahawa kerusi Ahli Parlimen Gombak dan juga ADUN Bukit Antarabangsa yang dipegangnya itu akan kekal berada didalam gengamannya selepas PRU13 nanti..

Adakah kerana terlalu sibuk menjalankan kempen bagi merebut jawatan tersebut Azmin Ali telah terlupa akan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN?

Jika beliau terlupa.. pengundi-pengundinya nampaknya tidak melupakan beliau..

Hari ini dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) melalui Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman mereka telah memberikan kata dua yang mengatakan Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, akan mengundi kepada perikatan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13.


Menurut Dr Mohamed Rafick “Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,”

“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa kami ada minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi.

Amaran dari mereka amat jelas, dari kenyataan Dr Mohamed Rafick yang mewakili Persatuan Pemilik Hartanah UKB itu, mereka tidak menjanjikan sebarang sokongan lagi pada masa akan datang andaikata Azmin Ali gagal menyelesaikan masaalah mereka.. siapa yang menyelesaikan masaalah mereka pihak itulah yang akan disokong.

Mereka akan menyokong sesiapa saja dan dari Perikatan Parti mana sekalipun yang boleh menyelesaikan masaalah mereka atau berkerja untuk mereka..

Tiada sokongan yang ditunjukkan mereka sebagaimana kita melihat beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR yang telah menyatakan sokongan mereka kepada Azmin Ali.

Mereka juga memperlihatkan bahawa kesetiaan mereka bukannya terletak kepada individu atau parti tetapi kepada pihak yang mampu menangani masaalah mereka.. pihak yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik buat mereka.

Kenapa agaknya Azmin Ali begitu bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden itu sedangkan dikawasan Parlimen dan DUNnya sendiri beliau masih gagal untuk menonjolkan kepimpinannya?

Sebagai Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa beliau sepatutnya bersunguh-sunguh berusaha untuk menyelesaikan masaalah pengundi-pengundinya, berkerja bersungguh-sungguh untuk mereka, berlumba-lumba membuat kebaikkan untuk mereka dan bukannya berlumba-lumba untuk mengejar jawatan.

Beliau sepatutnya memperkukuhkan sokongan rakyat terhadapnya dikawasan sendiri bukannya sibuk mencari sokongan dari seluruh Negara.

Tanpa undi atau sokongan dari 4000 pengundi atau menurut mereka setelah pengesahan pada minggu lalu undi yang terjamin adalah 6000 undi, adakah Azmin Ali akan kekal sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN selepas PRU13 nanti?

Adakah tanpa undi dari 6000 pengundi itu Ahli-Ahli Parlimen PKR yang menyatakan sokongan kepada beliau boleh mengekalkan Azmin sebagai Ahli Parlimen Gombak dan juga ADUN Bukit Antarabangsa? Sudah tentu jawapannya tidak….

Apakah tanpa jawatan Ahli Parlimen dan juga ADUN itu Azmin akan tetap dihormati oleh Ahli – Ahli Parlimen dari PKR itu? Belum tentu jawabnya…

Jadi sekarang Azmin Ali boleh memikirkan apa yang lebih penting buatnya.. mencari sokongan dari Ahli PKR seluruh negara yang tidak mungkin mampu mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen dan ADUN itu atau mencari jalan penyelesaian buat seluruh pengundinya itu yang akan menentukan siapa beliau selepas PRU13 nanti…

Asal jangan yang dikejar tak dapat.. yang dikendong pula berciciran..sudah..

Ingat.. Anda dipilih oleh Rakyat untuk berkhidmat untuk Rakyat dan Rakyat yang meletakkan anda sebagai pemimpin dan Rakyat juga yang akan menjatuhkan anda dari memimpin..

Suara Rakyat Suara Keramat!!!

Berita Berkaitan.


Ukay Bistari: Selesai masalah kami undi, pembeli beri BN dan PR kata dua
Oleh Clara Chooi

AMPANG, 24 Sept — Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor.

PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu.

“Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,” kata

Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini.

“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi.

Difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan.

Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.

Dr Rafick memberitahu hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan.

“Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang,” kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing.

“Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini,” kata beliau.

Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain.

Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.

“Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,” tegas beliau.

Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka.

“Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003,” katanya.

“Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.

“Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya.

Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya PKR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.

“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.

Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan.

“Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian.

“Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini,” kata Dr Rafick.

Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd.

Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya.

Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang.

Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat.

Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails