Saturday, September 4, 2010

Apa hal Ketua Pembangkang Pulau Pinang ni?

Apa hal Ketua Pembangkang Pulau Pinang ni? Kenapa tiba-tiba dia melatah atau melompat macam beruk kena belacan? Siapa yang tuduh UMNO buat gambar superimpose Guan Eng Sembelih Lembu tu? Tuduhan tu ditujukan kepada Cybertrooper UMNO yang pakai nickname PAS BERUK, bukannya ditujukan kepada UMNO..

Bukankah Cyber trooper UMNO dan UMNO itu sendiri dua entity yang berbeza? Yalah.. Cyber tooper UMNO ni tahap dia lebih kurang binatang peliharaan UMNO saja.. kalau tuannya iaitu UMNO perintahkan mereka supaya menyalak.. maka merekapun menyalaklah.. dan kalau Tuannya itu mengarahkan mereka supaya menggigit.. maka menggigitlah mereka.. tak kiralah bulan Ramadhan atau tidak..

Mungkin Ketua Pembangkang Pulau Pinang itu sendiri tidak pernah membaca berita on-line atau buta IT, jadi kenyataannya itu hanyalah berdasarkan apa yang didengar dari juak-juak yang berada disekelilingnya..

Cuba baca berita berkaitan dengan gambar Guan Eng sembelih lembu ini…

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.- sepenuhnya di SINI

Dari berita diatas dimanakah ayat yang mengatakan UMNO menyebarkan gambar Ketua Menteri Lim Guan Eng menyembelih seekor lembu dalam satu majlis?

Tapi orang pepatah melayu ada mengatakan ‘Siapa yang memakan cili, orang itulah yang merasa pedas’… err.. cili tu Ketua Pembangkang tu yang makan kot…





Tunjuk bukti sebelum buat tuduhan kata Azhar

KEPALA BATAS, 4 Sept — Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mahu pakatan pembangkang menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mengatakan Umno menyebarkan gambar Ketua Menteri Lim Guan Eng menyembelih seekor lembu dalam satu majlis.

Beliau yang juga ketua pembangkang menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan dan menegaskan bahawa itu bukan cara Umno untuk mendapatkan populariti.

“Tuduh menuduh ini bukan cara kami (Umno), kalau benar gambar itu Umno yang buat, tunjukkan bukti. Mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lain bagi menutup kesalahan sendiri juga bukan kerja Umno, ini kerja pakatan pembangkang,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta memgulas tuduhan parti pembangkang bahawa Umno telah menyebarkan gambar Lim sedang menyembelih lembu yang dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti agama.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa kepada 110 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sumbangan hari raya kepada 300 penerima oleh bekas perdana menteri dan Anggota Parlimen Kepala Batas Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang di sini, hari ini.

Azhar juga menyerahkan perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mencari kebenaran dan membuat tafsiran.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails