Tuesday, September 14, 2010

Ada pemimpin UMNO 'syok sendiri' ?

Semalam dan hari ini bila membaca Utusan yang juga dikenali sebagai lidah Rasmi UMNO (aku baca saja tapi tak beli.. harap maklum) terasa seperti membaca akhbar Pro Pakatan Rakyat pula.. manakan tidak banyak laporan yang mereka siarkan yang menyokong PERKASA menyerang pentadbiran Najib..

Ada pihak yang mengatakan ini semua kerja Mahathir, kerana Utusan itu dikuasai atau dipengaruhi oleh Mahathir.. lagipun menurutnya lagi hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem Dr Mahathir.

Dan Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau.- baca di SINI

Ini pula laporan yang mengatakan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Kesiannn depa.. syok sendiri rupanya..

*****************************************************

Bukti ada pemimpin 'syok sendiri'

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

IPOH 13 Sept. - Keputusan menjauhkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunjukkan masih ada pemimpin UMNO yang 'syok sendiri' dan tidak memikirkan masa depan parti.

Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar berkata, tindakan tersebut juga seolah-olah memperlihatkan UMNO masih meletakkan garis pemisah antara orang Melayu yang mempunyai sentimen tinggi terhadap bangsa dan orang Melayu yang hanya pentingkan diri.

Sambil menyokong kenyataan dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu berharap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak terus membuat kenyataan yang hanya akan menjauhkan orang Melayu daripada semangat asal penubuhan UMNO.

"Jangan letak garisan pemisah antara orang Melayu dalam UMNO dan dalam Perkasa. Jangan sebab nak jaga hati kaum lain, kita ketepikan golongan Melayu yang ada sentimen tinggi sayangkan bangsa sendiri.

"Beliau (Tengku Adnan) sepatutnya sedar bahawa orang Melayu di dalam Perkasa masih sayangkan UMNO. Hakikatnya, UMNO belum pulih sepenuhnya untuk mengasingkan diri daripada kelompok Melayu lain," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, keputusan UMNO menjauhkan diri daripada Perkasa boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan orang Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Kata bekas Perdana Menteri lagi, meskipun ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi kesannya terhadap peluang Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kemenangan tetap ada.

Tengku Adnan yang mempengerusikan mesyuarat BN sebelum ini berkata, UMNO tidak akan menyokong Perkasa atau Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada pilihan raya umum akan datang kerana tindakan itu berpotensi menghakis sokongan pengundi bukan Melayu terhadap BN.

Mengulas lanjut, Hamdi menegaskan, kewujudan Perkasa yang berjaya menarik penyokong di kalangan orang Melayu sepatutnya dijadikan iktibar oleh UMNO dalam memperkemaskan perjuangan agenda bangsa.

"UMNO merupakan sebuah parti Melayu, jika sebagai sebuah parti Melayu, UMNO tidak mendapat sokongan di kalangan orang Melayu sendiri adalah sukar untuk kita mempertahankan kerusi yang ada," katanya.


Lidah Rasmi UMNO?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails