Friday, August 13, 2010

UMNO minta tolong Cyber Trooper untuk pulihkan Imej.

Kesian aku bila baca ayat ni "Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

Tapi kalau yang diminta membantu untuk pulihkan imej tu datangnya dari puak-puak yang hanya menulis berdasarkan fitnah.. nak jadi apa?

Jadilah seperti tikus membaiki labu, yang sudah rosak tu bukannya pulih tapi rosak terus..

Lagi satu Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa imej UMNO memang telah rosak..


Umno Minta Rakan Maya Bantu Naikkan Semula Imej Parti


KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengki Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Kira-kira 500 sahabat FB Media-Umno dirai pada majlis itu yang turut dihadiri Setiausaha Kerja Umno Datuk Abd Rauf Yusof.

Tengku Adnan berkata sejak ditubuhkan 64 tahun lepas, Umno banyak menabur jasa dan melaksanakan pelbagai usaha membangunkan negara.

"Kalau Umno tak ditubuhkan pada 1964 itu, kita tidak tahu di pinggir mana kedudukan orang Melayu sekarang," katanya.

Beliau turut meminta rakan Umno yang sering berkomunikasi di ruang maya supaya memperkenalkan Umno, khususnya kepada generasi muda yang belum mengenali Umno, selain menarik lebih ramai golongan itu mendekatkan diri dengan parti berkenaan.

Ruang FB Media-Umno yang wujud sejak 8 Jan lepas, kini mempunyai seramai 4,513 sahabat dan 3,836 peminat.

Tengku Adnan berkata semua sahabat Umno dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang cadangan atau pandangan untuk kebaikan parti.

"Walaupun Umno telah lama ditubuhkan, tetapi kita bukanlah sempurna. Kalau ada cadangan, pandangan boleh dikemukakan supaya perjalanan Umno ini lebih baik," katanya.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails