Monday, August 16, 2010

UMNO Bukit Bendera buat lawak..

Kah.. Kah.. Kah.. Depa kata depa nak lompat parti kononnya sebagai bantahan terhadap UMNO yang didakwa mengabaikan masalah akar umbi..

Depa ingat depa tu ada nilai sangat ka? Sikit pun Najib tak hairan kalau depa tu nak lompat.. pasai kalau depa adapun UMNO tak menangpun kat situ.. kalau depa keluarpun UMNO tetap kalah di Bukit Bendera tu..

Kalau nak lompat tu.. lompat sajalah.. tak payah nak gempar Najib.. dia tak pandangpun hangpa tu..

Tapi hangpa nak lompat pi mana? apa kata hangpa pakat semua ahli UMNO yang nak lompat tu, pi naik ataih jambatan Pulau Pinang.. hangpa lompat turun kebawah..

Terhegeh-hegeh!!


Umno Bukit Bendera ugut lompat parti

Anggota Umno Bukit Bendera mengugut akan melompat parti sebagai bantahan terhadap parti itu yang didakwa mengabaikan masalah akar umbi.

Ketua Umno Kg Mutiara Rose Akhmar Ahmed (kanan) berkata kira-kira 360 ahli berkemungkinan keluar parti sekiranya pucuk pimpinan negeri terus membisu berhubung isu berkaitan mesyuarat agung tahunan bahagian pada 8 Ogos.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan parti masa yang akan disertainya selepas ini.

Katanya kumpulan itu telah menghantar surat rasmi kepada majlis tertinggi Umno dan perhubungan Umno negeri apda 11 Ogos, selepas membuat laporan polis terhadap bahagian berkenaan tiga hari lepas, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas.

Surat itu, yang salinannya diberikan kepada media, ditujukan kepada Presiden Umno Datuk Sei Najib Razak dan pengerusi Umno negeri Datuk Zahid Hamidi.

"Kami mahu orang ramai tahu, terutamanya perdana menteri, tentang sikap tak ambil peduli pucuk pimpinan, terutamanya di Pulau Pinang," kata Rose Akhmar ketika dihubungi Malaysiakini.

"Mereka tunjukkan sikap tidak peduli tentang tekanan terhadap akar umbi sekiranya mereka terus tidak pedulikan isu ini, saya bimbang terdapat ahli akan melompat sebagai tanda bantahan," tambahnya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails