Friday, August 20, 2010

Tiada Nama Guan Eng disebut - Abdul Malek (Video Inside)

Abdul Malik Bin ABul Kassim merangkap Ah Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang, Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengadakan sidang media di Komtar hari ini.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malik beri penjelasan ringkas kepada wartawaan-wartawaan yang bukan beragama Islam berkenaan dengan Khutbah Jumaat. Pada kebiasaannya, Khutbat Jumaat ini dibaca oleh katib atau imam dari buku yang dicetak setiap bulan. Cuma nama DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong dan TYT Gabenor disebut di dalam.

"Cuma orang yang kurang waras sahaja mungkin melakukan perbuatan menukar nama Agong dan Gabenor ke nama lain," Malik memberitahu para wartawan. "It is impossible! No one in their their right frame of mind will do such a thing." tambahnya lagi.

Abdul Malik berkata, beliau telah membuat siasatan awal dan mendapati kejadian itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi perhubungan Umno negeri.

Abdul Malik menjelaskan, teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim, seperti yang didakwa.

"Dan kalau mereka tidak baca teks sekalipun, saya percaya hanya orang yang tidak waras sahaja yang akan ganti nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah," katanya lagi.

Tambahnya, dakwaan itu juga tidak menyebut dengan jelas masjid yang terbabit, sebaliknya hanya menamakan kawasan Permatang Pauh, Jelutong dan Tasek Gelugor.

Ditanya lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengambil tindakan lanjut atas dakwaan itu kerana "tidak timbul isu."

"Isu ini sengaja diada-adakan, sebab sememangnya tiada isu. BN yang sengaja wujudkan isu ini," katanya lagi


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails