Saturday, August 28, 2010

TG Nik Aziz pertahan Teo Nie Ching

Menurut TG Nik Abdul Aziz tindakan Teo Nie Ching yang memasuki surau itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum..

Hmm.. rasanya silap tu TG.. bukannya semua umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.. Yang jelas terlalu jahil itu hanyalah pemimpin-pemimpin UMNO dan juga penyokong-penyokong mereka..

Maklumlah.. ada segelintir dari mereka yang hanya menjejakkan kaki ke Masjid atau Surau seminggu sekali.. ada juga yang menjejakkan kaki mereka sekali dalam masa tiga minggu malah yang lebih teruk lagi ada yang hanya menjejakkan kaki mereka ke Masjid dua tahun sekali iaitu pada hari Raya Aidil Fitri dan juga Hari Raya Aidil Adha..

Jadi bila Nie Ching ini menjejakkan kakinya ke Surau.. ianya adalah satu yang luar biasa bagi mereka kerana mereka sendiripun jarang ke Masjid atau Surau..


KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.

Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.

“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails