Tuesday, August 10, 2010

Tendang keluar Kerajaan Najib - Mahathir

Oleh Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR: Selepas merancang dengan halus ketika menyingkirkan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipilihnya sendiri, kini mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menguji anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka yang hadir bersama beliau pada majlis pagi tadi akan membuat kesimpulan sedemikian berdasarkan kenyataan terus terang beliau.

Topik menjadi tumpuan ialah pendidikan dan doktor berusia 84 tahun itu bertukar menjadi ahli politik mencadangkan kerajaan Najib ditendang keluar jika gagal meyakinkan ibubapa bahawa pendidikan merupakan topik paling utama.

"Anda boleh menukar kerajaan jika anda mahu, atau jika anda tidak mahu menukar kerajaan, anda boleh menukar orangnya. Tetapi dengan memberitahu saya (masalahnya), kepada bekas perdana menteri, ia tidak mempunyai erti. Anda mesti memberitahu perdana menteri (masa ini)," katanya.

Dr Mahathir, yang menyampaikan ceramah mengenai kesan teknologi ke atas pendidikan tinggi, memberi respon terhadap kempen yang dijalankan oleh ibubapa yang mahu sistem pengajaran Sains dan Mathematik dalam Bahasa Inggeris diperkenalkan semula.

Kerajaan Najib telah membatalkan dasar ini, yang diilhamkan oleh Dr Mahathir, berikutan tekanan dari beberapa pihak yang melihat perkara ini sebagai percubaan untuk memansuhkannya di sekolah-sekolah vernakular.

Tiada kekuatan politik

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata penguasaan bahasa Inggeris tidak diberi penekanan yang sewajarnya oleh kerajaan sekarang dan menyalahkan perkara ini kepada tidak adanya kekuatan politik daripada pucuk pimpinan.

"Jika saya perdana menteri, saya tentu saya akan melakukannya……kerajaan perlu merubah minda," katanya.

Beliau juga mengkritik pentadbiran sekarang menghadapi konflik mengenai inovasi, yang sepatutnya menjadi tema utama Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh Najib.

"Sebaliknya, kerajaan menyatakan kita mesti berinovasi tapi apabila keputusan terbit, mereka tidak mahu menggunakannnya," katanya, menambah, "bahawa kerajaan mesti yakin tentang inovasi di kalangan rakyatnya."


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails