Tuesday, August 10, 2010

Sultan Murka : PKR Johor! Sila minta MAAF!

Mengulas mengenai wajahnya yang terpampang dalam satu Banner yang telah di pasang oleh PKR Johor, Sultan Johor yang jelas menunjukkan kemarahan baginda telah bertitah “Perbuatan itu satu tindakan yang biadap dan kurang ajar serta tidak seharusnya berlaku walaupun saya tahu pihak polis sedang menyiasat perkara itu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Pimpinan PKR Johor,kejadian ini menggambarkan betapa tidak pekanya Pimpinan PKR Johor maksud aku seluruh Pimpinan PKR Johor dalam mengawal akar-umbinya dari mencetuskan sesuatu isu yang boleh menimbulkan kemarahan mereka yang tidak terlibat dengan PKR Johor.

Jika alasan mereka ialah mereka tidak menyedari akan kewujudan banner itu kerana yang menyediakannya ialah petugas dari akar umbi.. mereka telah menunjukkan kepada kita bahawa tiada pemimpin yang mengambil peduli apa yang dilakukan oleh akar umbi.. atau dalam lain ayat mereka hanya berkerja bila DSAI berada di situ.

Kenapa perlu diletakkan gambar Sultan Johor di dalam Banner ini? Kenapa? Adakah dengan cuba mengheret Sultan Johor ke kancah politik PKR Johor akan lebih kuat? dan seluruh rakyat Johor akan menyokong PKR? Sedangkan dalam masa yang sama kita mahukan institusi kesultanan sebagai berkecuali dari politik.

Pimpinan PKR Johor sepatutnya lebih sensitif atau peka terhadap suasana dan persekitaran Johor itu yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang yang begitu menghormati Sultan Johor..

Pimpinan PKR Johor sepatutnya menyedari akan timbulnya isu atau menimbulkan kemarahan Sultan Johor kerana menggunakan gambar baginda pada Banner mereka..

Kerja BODOH! yang menimbulkan kemarahan Sultan

Sultan Johor murka diheret ke dalam kancah politik
2010/08/10

KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim semalam murka terhadap tindakan sebuah parti politik menggunakan gambar baginda menerusi poster pada majlis ceramah di Batu Pahat, baru-baru ini.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mudah terpengaruh dan terpedaya dengan tindakan itu kerana terdapat pihak cuba mempengaruhi rakyat seterusnya boleh memecah-belahkan kerukunan hidup bermasyarakat di negeri ini.

“Akhir-akhir ini, saya mendapati ada pihak yang cuba memecah-belahkan perpaduan di kalangan rakyat di negeri ini demi kepentingan peribadi mereka dan sebagai contoh terbaru, pada satu majlis di Batu Pahat baru-baru ini, ada pihak cuba mengheret saya ke dalam kancah politik dengan memaparkan gambar saya di sepanduk kempen politik mereka.

“Perbuatan itu satu tindakan yang biadap dan kurang ajar serta tidak seharusnya berlaku walaupun saya tahu pihak polis sedang menyiasat perkara itu. Namun rakyat di negeri ini jangan menjadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan manusia yang tiada pendirian hidup kerana saya tidak mahu rakyat saya dipecah-belahkan manusia seperti ini,” titah baginda pada majlis penutup Kembara Mahkota Johor (KMJ) Bermotosikal 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim.

KMJ Bermotosikal 2010 berlangsung selama tiga hari bermula 7 Ogos lalu yang menyaksikan baginda menunggang sendiri motosikal mengharungi laluan sejauh kira-kira 777 kilometer membabitkan daerah Pontian, Batu Pahat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah, wakil rakyat seharusnya prihatin terhadap masalah yang dihadapi masyarakat setempat selain mereka perlu saling bekerjasama dengan membantu antara satu sama lain.

“Pegawai Daerah adalah wakil saya di daerah, mereka seharusnya prihatin terhadap setiap permasalahan yang dihadapi rakyat di mana mereka harus sentiasa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain, " titah baginda.

Pada 26 hingga 28 Jun lalu, Sultan Johor menamatkan KMJ 2010 dengan kereta api selama tiga hari dan menjadi detik bersejarah bagi rakyat negeri ini apabila baginda diiktiraf Sultan pertama memiliki lesen memandu kereta api seumur hidup dengan nombor siri L0001.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails