Friday, August 27, 2010

Saya ikhlas, kenapa dipermain? soal Teo Nie Ching

Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata beliau tidak faham kenapa lawatan ke sebuah surau di Kajang Ahad lalu dianggap kontroversi dan "dipermainkan-mainkan" kerana beliau berniat ikhlas.



"Lawatan ke surau Al Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya.

"Saya tidak faham mengapa lawatan kecil ini dipermain-mainkan," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini Teo menjelaskan hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau berkenaan, seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Manakala ucapannya di dalam surau tersebut, jelas Teo, beliau tidak menyentuh langsung soal politik, sebaliknya hanya menerangkan tentang bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.

"Kebanyakan mereka tidak mengetahui tentang perkara ini, dan saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan perkara tersebut kepada mereka," katanya.


Sementara itu, mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat di surau itu, Teo berkata beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.

Katanya, tarikh dan masa lawatannya selepas solat Tarawih itu ditentukan oleh pihak surau berkenaan.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP menjelaskan:

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pihak) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

"Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar," katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan bermula pada 11 Ogos lalu.

Di sesetengah masjid terkenal seperti Masjid Negara dan Masjid Putrajaya, golongan bukan Islam dikehendaki menutup kepala sekiranya ingin melawat kawasan sekitarnya.

Teo juga menjelaskan, Ramadan kali ini, beliau ada juga melawat dan berbuka puasa bersama ahli jemaah di beberapa surau di kawasannya parlimennya tetapi tidak pernah memasuki ruang solat utama.


YB Teo Nie Ching bergambar bersama pengunjung yang hadir

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails