Friday, August 6, 2010

Saman Ekor : Hishamuddin tidak dihormati PDRM?

Beberapa hari yang lalu Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hishamuddin Tun Hussein mencadangkan tindakan mengenakan saman ‘ekor’ oleh polis trafik dikaji semula berikutan banyak rungutan yang diterima daripada orang ramai mengenai kaedah pelaksanaannya.

Menurutnya beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam mengadakan perjumpaan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam tempoh terdekat bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian bagi isu berkenaan.
Berita penuh sila baca di SINI.

Biarpun Hishamuddin Tun Hussein telah mencadangkan agar tindakan mengenakan saman ‘ekor’ oleh polis trafik dikaji semula, namun PDRM yang berada dibawah kuasa KDN gagal menunjukkan rasa hormatnya kepada Hishamuddin Tun Hussein dengan meneruskan tindakan mereka..

Jika PDRM yang dikuasai oleh KDN sendiri gagal atau tidak mahu menunjukkan rasa hormatnya terhadap arahan Hishamuddin itu, jadi tidak salah rasanya jika rakyat pun tidak menghormati Hishamuddin sebagai Menteri di Kementerian Dalam Negeri.


Saman ekor diteruskan
Oleh ASSIM HASSAN

KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.


Sumber berita Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails