Monday, August 9, 2010

Saiful, Farah tidak perlu beri keterangan

Oleh Staf FMT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk memanggil saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif memberi keterangan mengenai dakwaan hubungan intim mereka.

Keputusan ini dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang telah mendengar permohonan itu pagi tadi.

Dengan keputusan ini, bermakna Saiful dan Farah tidak akan dipanggil ke kandang supaya mereka boleh disoal mengenai hubungan mereka.

Berikutan keputusan ini juga, mahkamah akan meneruskan permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan sodomi berdasarkan integriti dan kesaksamaan pasukan pendakwaan telah dikompromi ekoran dari tuduhan hubungan intim itu.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh pada mulanya ingin mendengar keterangan daripada kedua-dua Saiful dan Farah sebelum beliau meneruskan dengan permohonan Anwar.

Para peguam Anwar berkata sebelum ini perbicaraan sodomi telah dikompromi ekoran dari perhubungan itu. Mereka mendakwa Saiful boleh mendapat akses kepada butiran terperinci strategi pihak pendakwaan termasuk nota-nota daripada saksi-saksi yang lain.

Pihak pendakwaan bagaimanapun, mendakwa Farah hanya merupakan seorang pencatat nota dalam pasukan pendakwaan dan tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen undang-undang dan lain-lain bahan yang sensitif.

Kedua-dua Saiful dan Farah tidak berkata apa-apa secara terbuka mengenai perhubungan mereka.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails