Thursday, August 5, 2010

Rakyat pun tidak faham konsep Bangsa Malaysia Dr Mahathir tu..

Beberapa hari yang lepas Mahathir kata rakyat tak faham apa bendanya 1Malaysia tu.. atau dalam lain perkataan menatang apa tah 1Malaysia tu dan kenyataan Mahathir disokong oleh Muhyiddin..

Hari ini sebagai menunjukkan kesetiaannya yang tidak berbelah bagi terhadap Najib, Nazri membidas Mahathir dengan mengatakan rakyatpun tak faham apabendanya konsep Bangsa Malaysia tu..


Nazri: Rakyat pun tidak faham konsep Bangsa Malaysia Dr Mahathir
Oleh Shazwan Mustafa Kamal


SERDANG, 5 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz mempertahankan konsep 1 Malaysia dengan menegaskan, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mengkritik slogan pentadbiran Najib itu memandangkan rakyat Malaysia sehingga kini pun belum memahami tujuan slogannya, Bangsa Malaysia.

“Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?

“Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Nazri memberitahu The Malaysian Insider bahawa Dr Mahathir tidak harus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sendiri telah gagal untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia ketika menerajui kepimpinan kerajaan.

Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003.

“Jadi perkara yang sama (wujud) ektika Tun Dr Mahathir, di bawah Wawasan 2020, beliau memperkenalkan Bangsa Malaysia, tapi beliau sendiri tidak pernah menjelaskan konsep Bangsa Malaysia,” katanya.

Nazri memberitahu Dr Mahathir berpendirian bahawa rakyat akan berupaya untuk memahami konsep 1 Malaysia dan oleh itu tidak harus ada tekanan atau tempoh masa bagi konsep itu tidak digerakkan.

“Bagi saya, pemahaman tentang 1 Malaysia adalah sebahagian daripada proses evolusi... biar rakyat Malaysia mengambil masa mereka, mereka akan memahaminya. Definisi 1 Malaysia akan berkembang dengan sendirinya,” katanya lagi.

Sehubungan itu Nazri memberitahu, perdana menteri tidak perlu membuat penjelasan.

“Kita tahu bahawa 1 Malaysia bermakna setiap orang faham bahawa mereka adalah rakyat Malaysia, mereka ada hak untuk berada di negara ini, diiktiraf sebagai sama. Setiap orang ada kepentingan di negara ini,” tambah Nazri.

Dalam komennya awal minggu ini Dr Mahathir berkata penjelasan terperinci dan menyeluruh berhubung 1 Malaysia wajar diberi bagi mengelak pandangan dan pendapat berbeza dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

“Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu, masing-masing ada pendapat berbeza dan tidak boleh disatukan, saya berpendapat satu penjelasan perlu dibuat,” katanya.

“Mereka (rakyat) tidak tahu yang mana satu, yang mana untuk orang Cina dan yang mana untuk orang Melayu. Kalau suruh saya buat penjelasan, mana saya tahu bukan saya yang buat slogan itu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulas kenyataan Dr Mahathir itu kelmarin berkata langkah untuk memberi penjelasan mengenai konsep 1 Malaysia memang wajar dilakukan dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat mengenainya.

Beliau yang bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir berkata kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib dalam pentadbirannya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails