Thursday, August 5, 2010

Pengarah Komunikasi PKR letak jawatan

Oleh Syed Jaymal Zahiid

PETALING JAYA: Jonson Chong meletakkan jawatan Pengarah Komunikasi PKR semalam sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan parti, kata sumber-sumber yang rapat dengan beliau.

Mereka mendakwa Chong kecewa dengan pucuk pimpinan kerana tidak mempunyai daya kekuatan politik untuk melakukan reformasi dalaman dan beliau telah menimbang untuk melepas jawatan itu sejak beberapa ketika.

Apabila dihubungi Chong, seorang peguam mengesahkan beliau meletak jawatan tetapi menafikan membuat keputusan itu sebagai protes.

"Ya, saya telah meletak jawatan. Saya hendak fokus kepada kerjaya profesional saya," kata beliau kepada FMT.

Walaupun Chong agak diplomatik dengan keputusannya itu tetapi sumber-sumber yang rapat dengannya mengatakan beliau kecewa dengan pucuk pimpinan yang tidak membawa parti ke arah jalan yang betul.

Beliau kecewa dengan beberapa usaha reformasi yang dihalang, kebanyakannya oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sendiri.

"Sudah tentu, beliau menafikannya. Beliau taat kepada parti kerana menceritakan sesuatu yang benar akan mendedahkan kelemahan parti dan anda tahu cara PKR menanganinya, apabila timbul isu seperti ini," kata seorang ahli parti.

Mungkin juga ada benarnya terhadap beberapa tuduhan sejak beberapa pemimpin PKR, ketika dihubungi FMT, berkata mereka tidak tahu menahu tentang peletakan jawatan oleh Chong.

Bagaimanapun, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata perkara ini ditimbulkan oleh Anwar ketika mesyuarat biro politik semalam.

"Anwar menerima perletakan jawatan oleh Chong," katanya kepada FMT. "Chong berkata dalam surat perletakan jawatannya bahawa beliau mahu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di luar parti dan peranannya sebagai ahli jawatankuasa pelaksana strategik PKR.

Politik Anwar menyisihkan pemimpin

Sementara itu, sumber-sumber berkata Chong berselisih faham dengan Anwar tentang beberapa isu. Anwar didakwa lebih berminat untuk mengekalkan keutuhan sokongan terhadap beliau dalam parti daripada membawa PKR maju ke depan.

"Terdapat beberapa usaha untuk mengurangkan birokrasi untuk kebaikan parti tapi Anwar menolaknya kerana beliau sedar bahawa beberapa pengikut yang taat kepadanya akan kecewa dan tercicir.

"Kita harus ingat, Chong adalah dari latar belakang NGO, kesemuanya mengenai kerja untuknya (Anwar) tapi Anwar seorang ahli politik. Dan supaya kita berlaku adil terhadap Anwar, beliau (Anwar) juga mempunyai beberapa pertimbangannya sendiri.

Sebelum ini, bekas setiausaha agung PKR Salehuddin Hashim menuduh Anwar "tidak memanfaatkan sepenuhnya" para pemimpin yang mempunyai bakat.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang itu mempunyai "skil pengurusan yang lemah" dan ini mengakibatkan beliau kehilangan beberapa rakan yang rapat.

Mengenai perkara ini, sumber dalaman itu berkata, satu contoh yang baik ialah perletakan jawatan oleh Mohd Zahrain Hashim sebagai ketua PKR Pulau Pinang, yang pada suatu ketika dahulu menjadi kawan rapat Anwar.

Bila Nik Nazmi ambil alih?

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang dirancang untuk mengambil alih tempat Chong telah menghebahkan perkara ini tapi Anwar menangguhkan pengumuman tersebut.

Menurut sumber dalaman parti, ini juga salah satu sebab kenapa Chong meletak jawatan.

"Anda (Anwar) secara tidak langsung telah memberitahu parti bahawa Nik Nazmi akan menggantikan Chong tapi anda telah menangguhkan pengumuman tentang hal ini tanpa sebarang sebab yang jelas," katanya.

Bagaimanapun Chong menafikan bahawa beliau kecewa dengan penangguhan itu tetapi dalam nada yang sama, menggesa pucuk pimpinan membuat pengumuman secepat mungkin.

"Saya berharap pucuk pimpinan akan melantik beliau (Nik Nazmi) dengan segera supaya kita dapat membawa parti mara ke hadapan dengan segera bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13," katanya.

Pengganti Chong, Nik Nazmi dilantik untuk merangsang usaha memenangi undi orang-orang Melayu di peringkat akar umbi, yang kritikal bagi Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Chong juga berikrar untuk mencapai tujuan ini. "Saya sanggup menerima apa-apa tugas sama ada dalam parti atau dalam pejabat Anwar di mana saya boleh memberi sumbangan dengan berkesan dan bermakna," ujar beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails