Friday, August 6, 2010

PAC : UMNO/BN Selangor Flip Flop.

Pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri, Dewan Undangan Negeri melantik Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) untuk menerajui PAC tetapi beliau dan rakan-rakan dalam BN menolak pelantikan itu.

Menyifatkan langkah ini sebagai dorongan politik, Shamsuddin berkata, beliau menolak pelantikan itu kerana beliau ingin mempertahankan integriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN.

Kemudiannya Barisan Nasional (BN) Selangor berubah fikiran, mereka bersetuju dengan tawaran Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) negeri itu.

Dalam satu wawancara bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo berkata, "BN melihat perkara ini dengan fikiran terbuka tetapi dengan beberapa syarat."

"Kami mempunyai dua pilihan. Pertama, apa yang kami boleh lakukan ialah Shamsudin boleh menolak jawatan itu. Kedua, beliau boleh mencuba.

BN berada dalam keadaan serba salah sejak pelantikan itu dibuat kerana mereka dianggap menghina dewan jika menolak pelantikan itu.

Hari ini pula tanpa mempedulikan samada akan dianggap menghina dewan atau tidak Khir Toyo berkata BN Selangor mengekalkan pula pendirian mereka iaitu menolak tawaran kerajaan PR Selangor..

Apa punya orang nih? Tak ada pendirian langsung..

Kalau menolak dianggap menghina Dewan, sekarang pula mula-mula tolak, lepas tu terima kemudian tolak semula.. ni bukannya menhina dewan dah ni… tapi mempermain-mainkan Dewan dah ni..


PAC: Pendirian BN Selangor tolak lantikan kekal, kata Khir

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Pendirian Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Selangor kekal sehingga permintaan ditambah wakil ikatan itu ditunaikan.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, BN hanya akan terima tawaran itu sekiranya diberikan kuasa dan majoriti dalam PAC.

“Kita hanya akan terima jika diberikan (kedudukan) majoriti kerana kita tidak mahu seperti patung, tidak mampu buat apa-apa.

“Tidak ada guna jika Shamsudin (ADUN BN) pegang jawatan pengerusi PAC jika tiada kuasa untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bekas menteri besar Selangor itu menambah pihaknya mahu permintaan itu dipenuhi.

“Kini kita mempunyai dua pilihan, pertama Shamsudin boleh menolak jawatan itu atau yang kedua beliau boleh cuba dulu.

“Jika beliau tidak mendapat kerjasama daripada ahli PAC yang lain dari kerajaan Pakatan Rakyat maka beliau harus melepaskan jawatan itu.

“Ini kerana kita beranggapan bahawa kerajaan negeri tidak serius dalam soal pelantikan ini,” kata Khir (gambar).

Shamsudin tidak dapat dihubungi kerana berada di luar negara.

Beliau sebelum ini menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi PAC atas alasan ia hanya bermotifkan politik.

Beliau berkata, keputusannya tidak berubah kerana ia berkaitan dengan prinsip dan maruah sebagai wakil rakyat BN.

“Saya memang tidak terima usul tersebut kerana saya bimbang ia hanya bermotifkan politik. Bahkan ADUN BN yang lain dari awal sudah menolak usul tersebut.

“Ini adalah soal prinsip dan maruah saya, jadi saya perlu mempertahankan,” katanya.

Malah Khir juga sebelum ini berkata, tidak mengubah fikiran kerana kesemua wakil rakyat BN telah bersepakat untuk terima usul tersebut dengan syarat ahli BN dalam PAC ditambah.

“Sekarang dalam PAC jumlah ahli Pakatan Rakyat adalah lima orang, manakala ahli BN dua orang termasuk Shamsudin. Kita mahu sekurang-kurangnya empat ahli BN dan tiga ahli Pakatan Rakyat dalam PAC, ini baru adil.

“Kalau DUN Selangor tambah jumlah ahli BN kita akan terima,” katanya lagi.

Sebelum ini, Speaker Teng Chang Kim menyifatkan tindakan Shamsudin menolak pelantikan sebagai Pengerusi PAC sebagai berfikiran sempit kerana menolak kepercayaan diberikan dewan.

Teng berkata tindakan Shamsudin menolak usul yang membolehkan beliau dilantik memegang jawatan itu seolah-olah mengabaikan tanggungjawab rakyat.

Ini kali pertama DUN Selangor melantik wakil pembangkang mengetuai jawatankuasa itu.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails