Tuesday, August 3, 2010

Mohamad Hasan!! Binatang apa pulak ni??

Pada 19 Januari 2010 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyelar segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang kononnya suka menyebarkan berita tidak benar bahawa ada buaya di pantai peranginan Port Dickson dekat sini, sedangkan tiada bukti menunjukkan reptilia itu berada di perairan berkenaan.

Beliau berkata, berita yang disebarkan itu adalah palsu yang untuk kepentingan kumpulan tertentu bagi menghalang orang ramai berkunjung ke Port Dickson yang kini menjadi antara destinasi pelancongan terkemuka di negara ini.

“Pakar Jabatan Perhilitan sudah mengesahkan tiada buaya atau ikan besar seperti jerung atau yu di kawasan perairan Port Dickson dan setakat ini belum ada laporan mengenai ada individu yang menjadi mangsa gigitan ikan besar atau buaya.

Tiada Buaya di Port Dickson kata Mohamad Hasan.. habis tu bangkai binatang apa pulak yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Port Dickson ni..

Bangkai tu datang dari mana? Takkan nak kata jatuh dari langit atau jatuh dari riang kargo kapal terbang yang membawa buaya itu untuk dipindahkan kot..

Kalau bukan Buaya.. boleh jadi Biawak Raksaksa.. kah.. kah.. kah..




GEMPAR ... Orang ramai menunjukkan seekor buaya seberat 3 tan yang ditemui terapung di perairan Kuala Linggi dekat Jalan Tanjung Agas, Batu 21, Prt Dickson. Seorang mekanik yang hanya mahu dikenali sebagai Azoy, 30 tahun berkata, sekumpulan pelajar kolej memaklumkan kepadanya mengenai buaya itu dan selepas mengumpul rakan-rakan yang lain, Azoy menggunakan mata kail untuk menarik buaya yang telah mati lebih kurang empat hari itu. Selepas diperiksa, buaya yang hampir reput berusia di antara 15 hingga 20 tahun dan dipercayai datang dari Sungai Linggi. Buaya tersebut kemudian di bawa oleh kakitangan Zoo Melaka untuk tindakan lanjut selepas dihubungi penduduk kampung

Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun semalam persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas. Seorang daripada mereka, Suhaimi Salim, 35, berkata, dia dan rakannya yang sedang asyik memancing terkejut apabila ternampak objek yang pada mula disangka kayu. “Saya nampak sesuatu seperti kayu terapung tetapi selepas dilihat dari jarak dekat, objek itu rupa-rupanya bangkai buaya dalam keadaan terlentang. Selepas yakin bahawa buaya itu kaku dan tidak bergerak, baru kami memberanikan diri menghampiri sebelum menariknya kira-kira 500 meter ke tepi pantai".

Suhaimi memberitahu, selepas itu dia bersama rakannya menarik buaya terbabit di tepi pantai dan mendapati badan buaya itu terdapat luka dipercayai kesan ditembak. Rakannya, Mohd. Farez Mohd. Said, 19, pula berkata, buaya sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) itu berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi.


mStar Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails