Monday, August 23, 2010

Kita Belajar dari Kesilapan - Anwar Ibrahim

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM 23 Ogos - Ketua Umum KEADILAN yakin parti kini berada di atas landasan yang lebih kukuh dan mantap selepas mengharungi episod getir dan mencabar di mana empat daripada ahli parlimennya melompat parti manakala seorang lagi dipecat keanggotaannya.

Sambil mengakui parti menghadapi kesukaran memilih calon yang berwibawa dan setia kepada prinsip perjuangan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 lalu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata KEADILAN mempunyai barisan pimpinan yang lebih jitu dan komited.

"Adakah kita telah belajar daripada kesilapan - ya, adakah kita lebih bersedia sekarang - ya, adakah kita kini mempunyai barisan pemimpin yang profesional dan kredibel - ya. Jadi kita rayu kepada semua ahli parti supaya tetap setia dan komited s ebagai satu pasukan yang mantap," kata Anwar ketika bersama ahli KEADILAN Cabang Bayan Baru pada satu majlis dialog baru-baru ini.

Merujuk kepada langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang bertindak keluar KEADILAN untuk menjadi anggota Bebas, Anwar memuji ketabahan dan kesetiaan ahli parti di cabang tersebut yang tidak mengambil langkah yang sama.

"Apabila ketua cabang lompat tidak ada pimpinan yang ikut melainkan seorang sahaja, itu satu perkara yang luar biasa, malah ia mencetuskan satu gelombang sokongan baru yang memperlihat keahlian daripada beberapa ratus sahaja kini mencecah lebih 5,000 dalam satu tempoh masa yang singkat bagi satu cabang.

"Saya benar-benar sanjung rakan-rakan seperjuangan di cabang ini kerana keyakinan tinggi kepada matlamat perjuangan dan tidak patah semangat dan terus komited kepada agenda reformasi.

"Kita kata kita mahu sajikan politik baru di Malaysia, cukuplah dengan politik perkauman, cukuplah dengan politik ketakutan, kita mahu serahkan kembali hak kebebasan kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan ramai pejuang KEADILAN terpaksa menderita akibat kezaliman Umno-Barisan Nasional kerana melawan polisi rasis, rasuh dan salahguna kuasa tetapi mereka tetap teguh mempertahankan prinsip perjuangan.

"Tuduhan kita alat Cina atau alat Hindu dan sekarang alat Yahudi atau alat Amerika tidak menganggu kita sebab kita percaya kebijaksanaan rajyat negara ini samada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Iban.

"Kita difitnah alat Cina tapi kita tak perlu apologetik, kita diajar oleh agama dan budaya kita untuk bercakap benar dan tegakkan keadilan. Apa makna agama - untuk kedamaian, untuk rahmat, kebaikan bagi manusia, untuk keadilan.

"Kalau agama kita pegang untuk tanam kebencian, untuk tegakkan kezaliman, itu bukan agama, itu rangkaian kerangka penjahat-penjahat yang menentang ciri murni agama. Sebab itu saya tidak mahu diganggu dengan hal sebegini dan saya beri nasihat kepada kawan-kawan kita, kita kena terus maju - membujur lalu melentang patah, dengan pendirian ini kita terus mara ke depan," tegas Anwar.

Tambah beliau mana-mana perjuangan pasi ada yang kecundang namun yang penting ialah pemahaman yang jelas mengenai objektif dan halatuju perjuangan itu.

"Mana ada perjuangan yang tidak ada korban? Lihat sahaja kepada Umno; presiden pertamanya meninggalkan parti, kemudian diikuti presiden kedua dan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, presiden ketiga tak sempat sebab meninggal dalam jawatan, presiden keempat, Tun Hussein Onn pun keluar parti.

"Tetapi di sini ada perbezaan - mereka tidak meninggalkan parti disebabkan wang ringgit atau kedudukan, saya mungkin berbeza pandangan dengan mereka atas beberapa isu dasar tetapi saya hormati keyakinan tinggi dan komitmen mereka kepada perjuangan.

"PAS juga hadapi masalah yang sama, presiden pertamanya Mohd Fuad, orang Bukit Mertajam tinggalkan PAS, presiden ketiga, Tan Sri Asri Muda tinggalkan PAS.

"Kita parti baru, KEADILAN juga hadapi proses ini tetapi kadang-kadang proses ini menyukarkan, ia juga mendewasakan malah ia mematangkan. Ini bermakna dalam proses yang kita akan lalui akan datang kita mesti ingat bahawa parti ini adalah parti yang komited kepada agenda reformasi. Sesiapa yang ingin bersama mesti komited kepada agenda ini," kata mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu.

Anwar menegur mereka yang hanya memberikan sokongan kepada beliau berdasarkan apa yang boleh diperolehi sekiranya parti berkuasa kelak.

"Pada 2008 susah nak cari calon, ada yang baik. komited, ada yang terpaksa kita tarik-tarik 'last minute' kerana maklum parti baru dan tak semua yakin kita boleh lawan, ada orang sanggup masuk kalau dia 'secure' nak menang, ada orang dia sokong Anwar kalau Anwar sampai ke Putrajaya, tak jadi ke Putrajaya dia lompat. Itu bukan parti perjuangan, itu parti Putrajaya," ujar beliau.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails