Wednesday, August 18, 2010

Jangan Masuk Perangkap UMNO/BN - Guan Eng

Dalam satu kenyataan medianya hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP memberi amaran kepada seluruh Pimpinan DAP agar jangan terperangkap dengan sandiwara yang sedang dimainkan oleh UMNO dan MCA.

Menurut Guan Eng sandiwara ini adalah ulangan dari apa yang telah terjadi pada tahun 1987 dimana pada ketika itu Timbalan Presiden MCA Lee Kim Sai dan Ketua Pemuda UMNO Najib Tun Razak saling serang menyerang menggunakan media.

Pertengkaran mulut antara UMNO dan MCA itu telah menyebabkan Barisan Nasional menggerakkan ‘Operasi Lalang’.

Bagaimanapun dalam operasi tersebut tiada seorang pemimpin dari UMNO mahupun MCA yang telah ditahan tetapi hanya pemimpin dari PAS, DAP dan PSM telah ditahan. Lee Kim Sai hanya diarahkan bercuti ke Australia.

Tambah Guan Eng lagi antara yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika itu ialah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Beliau sendiri, manakala pemimpin PAS yang ditahan pula ialah Mohd Sabu, Mahfuz Omar dan Khalid Samad, dari PSM pula ialah Dr. Mohd Nasir.

Jumlah keseluruhan yang ditahan dalam operasi itu ialah 117 orang termasuk 16 pemimpin DAP.

Guan Eng juga mengingatkan pemimpin DAP agar tidak termasuk kedalam perangkap yang sama yang pernah digunakan oleh Barisan Nasional 23 tahun lalu, yang menggunakan kaedah atau cara yag sama iaitu melakonkan sandiwara pertengkaran antara UMNO dan MCA sebagai alasan bagi menggunakan ISA yang tujuan sebenarnya hanyalah untuk mengalihkanperhatian rakyat dari masaalah sebenar Negara.

Ini menurut Guan Eng bagi mengelakkan pemimpin DAP menjadi mangsa sepertimana yang telah terjadi dalam ‘Operasi Lalang tahun 1987’ dimana para pemimpin UMNO dan MCA telah terlepas dari hukuman.

Kenyataan Media sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails