Saturday, August 28, 2010

Isu Khutbah mendedahkan KEBODOHAN UMNO - Mat Sabu (Video Inside)

SETIU - Umno/BN membesarkan isu khutbah Jumaat yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kerana mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa Lim Guan Eng, seorang bukan Melayu dan bukan Islam, telah menolak judi

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, Ustaz Zakaria Haji Ahmad, seorang pendakwah bebas telah mengaku dan menjelaskan beliau yang mendoakan Lim Guan Eng dalam khutbahnya.

Katanya, apabila Ustaz Zakaria mengaku, orang ramai khususnya rakyat Pulau Pinang menerima penjelasan Ustaz Zakaria kerana khalayak mengetahui beliau seorang pendakwah yang dikenali ramai.

Haji Mohamad Sabu berkata demikian dalam mukaddimah ucapannya dalam majlis ceramah Nuzul a-Quran dan Badr al-Kubra di Kampung Maras, Batu Rakit 26 Ogos.- Buletin Online




Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails