Monday, August 9, 2010

'Hubungan' Saiful-Farah: Mahkamah putuskan hari ini

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dimulakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dengan pihak pembela memohon mengetepikan pertuduhan.

Ketua pembangkang itu memfailkan permohononan bagi menyokong afidavit pada 2 Ogos ekoran tuduhan bahawa timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif dan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mempunyai 'hubungan'.

Anwar mendakwa bahawa hubungan itu, seperti juga pertuduhan melibat - yang kedua untuknya dalam 10 tahun - menyalahi proses mahkamah.

Anwar membuat laporan polis minggu lalu meminta pasukan keselamatan mempercepatkan siasatan terhadap dakwaan itu.

Peguam Negara Abdul Gani Patail pada 27 Julai mengeluarkan Farah daripada pasukan pendakwaan. Dia juga ditukar ke bahagian lain selepas dakwaan itu timbul.

Pihak pendakwaan dalam afidavit balasnya menafikan mengetahui terhadap hubungan antara kedua-duanya.

Manakala peguam Anwar, Karpal Singh pada Jumaat berkata pendakwaan akan memohonan memanggil Saiful dan Farah bagi menjawb dakwaan itu memandangkan pihak pendakwaan didakwa gagal menjawab isu tersebut secara langsung.

LAPORAN LANGSUNG

9.33am: Hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan sesi.

9.43am: Karpal memohon Farah dan Saiful dipanggil supaya mahkamah dapat menentukan kebenaran dakwaan hubungan mereka berdua.

"Belum ada dalam sejarah negara ini atau di negara Komanwel DPP mempunyai hubungan dengan saksi utama," kata Karpal.

Katanya, tugas hakim ialah menentukan kebenaran apabila tiada afifavit dibuat daripada Saiful an Farah.

Peguam terkenal itu mempersoalkan tindakan Saiful yang bersumpah dengan nama Allah berhubung dakwaan beliau diliwat "tetapi enggan hadir ke muka pengadilan"

9.58am: Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin pula menyifatkan tuduhan itu sebagai "dakwaan kosong".

"Persoalannya sama ada Saiful menggunakan Farah untuk mendapatkan maklumat," beliau memberitahu mahkamah.

"Kita ada di sini afidavit daripada DPP Mohd Hanafiah Zakaria and pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira yang menafikan - berdasarkan pengetahuan mereka - bahawa dokumen, pertemuan dan makluat (telah bocor)," katanya.

Yusof berkata pendakwaan tidak menjawab afidavit itu dan perkara itu harus ditamatkan.

Karpal bagaimanapun mempertahankan apa yang dikatakan Awar bahawa beliau menerima makluman itu daripada beberapa sumber.

10.20am: Mahkamah akan menentukan keputusan untuk permohononan pihak pembela pada 2.15 petang ini.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails