Friday, August 20, 2010

Guan Eng minta Zahid Hamidi Bertaubat..

Sempena dengan bulan Ramadhan ini, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta Dato’ Ahmad Zahid Hamidi bertaubat. Ini ekoran daripada tuduhan Zahid, selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang menyatakan bahawa nama Guan Eng disebut dalam doa khutbah hari Jumaat mengggantikan nama Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

Jikalau tuduhan itu tidak benar, Zahid harus bertaubat, sempena dengan bulan Ramadhan ini. Kata Lim.

Ini adalah isu terbaru yang dimainkan oleh UMNO-APCO. Provokasi UMNO-APCO ini amatlah merbahaya, . Dari segi logiknya pun, bagaimana boleh seorang imam mendoakan seorang yang bukan Islam menggantikan nama ketua Islam bagi Malaysia ini?

Sebelum ini, nama Chua Jui Meng, ahli Majlis Tertingi PKR telah juga dikaitkan dengan Sultan Johor dan beliau disebut-sebut oleh UMNO-APCO untuk menjadi Menteri Besar Johor, kalau Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ke 13 nanti. Disini sekali lagi dari segi logiknya pun, adalah mustahil Pakatan Rakyat mahu menjadikan isu yang tidak menguntungkan ini.

Mengaitkan isu-isu sensitif seperti ini adalah maianan UMNO-APCO dalam perancangan mereka untuk terus berkuasa.

Kita juga lansung tidak boleh menerima kenyataan daripada Mufti Perak, orang yang tidak tidak pernah berbohong itu dengan mengatakan beliau mempunyai bukti bahawa ada pakatan PKR dengan DAP untuk meminda perlembagaan Malaysia jika Pakatan Rakyat menguasai negara. Perkara yang mahu dipinda itu pula ialah perkara yang amat sensitif iaitu mengenai hak istimewa orang Melayu dan Agama Islam sebagai agama negara.

Kita masih ingat kenyataan Zahid semasa pra rampasan kuasa kerajaan Pakatan di negeri Perak. Selepas pulang dari menunaikan fardhu haji, beliau terus membuat kenyataan bahawa MB Nizar memerintahkan agar Tadika Kemas ditutup.

Zahid dan Harussani dilihat bersekongkol dengan UMNO-APCO dalam membuat kenyataan bagi satu agenda besar untuk menumbangkan kerajaan Pakatan dan mengekalkan Pemerintahan UMNO-APCO. Tapi yang lebih penting daripada itu ialah, UMNO-APCO tidak akan berdiam diri dalam menjalankan strategi tidak bermoral dan tidak berdemokrasi itu terutama dalam menggunakan jentera kerajaan bagi membantu mereka dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Jentera ini perlu digunakan semaksimum mungkin dalam menghalang kebangkitan rakyat yang dahagakan perubahan pentadbiran negara.

Jadi, saranan Lim Guan Eng agar Zahid bertaubat, adalah satu tamparan bagi Zahid dan pimpinan UMNO yang lain, apatah lagi Mufti Perak sendiri agar ingat kepada balasan Allah. Kalau dunia boleh lepas, diakhirat tidak munkin terlepas, kerana itu ia perlu kepada pengakuan taubat tersebut.

Lim Guan Eng tidak terikat dengan fahaman ini tetapi kenyataan Lim adalah bidasan kepada mereka yang mengaku beriman dengan Allah dan hari akhirat.


Seri Iskandar

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails