Wednesday, August 4, 2010

GEMPAR!! ADUN Sungai Rapat bercakap dengan KERUSI..

Kononnya bagi menangkis segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh PAKATAN rakyat beberapa siri ceramah yang telah dan akan diadakan oleh ADUN Sungai Rapat Dato Hamidah Osman di kawasan DUN Sungai Rapat N43 Perak.

Malam tadi bertempat di Pekan Razaki dalam siri ceramah yang telah menyaksikan jumlah kerusi yang jauh melebihi pendengar, menjadikan ADUN Sungai Rapat itu seolah-olah bercakap dengan kerusi.. beliau telah menjawab beberapa fitnah yang kononnya dilemparkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kerajaan negeri Perak.

Antaranya ialah tuduhan YB Nizar Jamaluddin mengenai rasuah dan pemberian projek kepada kroni.

ADUN Sungai Rapat berkata " Kerajaan BN di negeri perak tidak pernah memberi projek kepada kroni tetapi semasa pemerintahan pakatan rakyat YB DS Nizar dalam 11 bulan memerintah telah memberi lebih 100 kawasan balak kepada kroni yang majoroti adalah kaum cina, ini membuktikan pakatan rakyatlah yang melakukan rasuah dan penyelewengan. Kerajaan Pakatan Rakyat juga telah mengadakan mesyurat EXCO dalam bahas Cina supaya apa yang dibincangkan oleh mereka tidah diketahui oleh EXCO YB melayu.

Hah!! 100 kawasan balak Nizar beri kepada kroni? Mak Aih!! Banyaknya kawasan balak kat Perak tu ya..

ADUN Sungai Rapat tu tak tahu ka yang Nizar boleh berbahasa Mandarin?

Saksikan ADUN Sungai Rapat mendedahkan rahsia Pakatan Rakyat kepada Kerusi-kerusi yang jelas lebih banyak dari manusia..

Banner yang cantik belum tentu boleh menarik perhatian orang-ramai..





Road show ini juga disertai oleh Dua penceramah iaitu En Radzi Mat Lazim iaitu bekas Pengarah Gerak Khas PKR Kedah dan En Muhd Hidir Khalid itu bekas pengarak gerak saraf PKR Kedah. Dalam ceramah mereka berkisar berkenaan pembohongan Ketua pembangkang iaitu DS Anuar Ibrahim .

Hadirin sebenarnya ramai.. tapi khemah terlalu besar menyebabkan
mereka kelihatan sedikit..

Cuba korang bayangkan kalau khemah itu kecil saja dan jumlah kerusi
dikurangkan.. pasti sesak punyalah.

Dari sudut mana sekalipun gambar dirakam.. kerusi tetap kelihatan
lebih banyak..

Kesian kat kerusi-kerusi tu.....

Kalau korang jenguk Blog ADUN Sungai Rapat tu di SINI, tiada gambar hadirin yang ditunjukkan..

Sumber gambar dari Facebook Siti Aishah

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails