Thursday, August 19, 2010

Dakwaan Harussani tidak logik - Prof Aziz

Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada “perlembagaan baru” dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Hari ini Prof Aziz Bari kata tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi.

Jadi Harussani boleh dianggap membuat cerita rekaan atau berbohong...

Apa nak jadi dengan Mufti Perak ni??


Prof Aziz: Tidak logik dakwaan wujud ‘perlembagaan baru’

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menegaskan tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tanpa melalui proses perundangan sewajarnya.

Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.

“Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak.

“Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi,” kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini.

“Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?” soal beliau.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul.

Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar.

Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada “perlembagaan baru” dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang mengeluarkannya.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails