Saturday, August 28, 2010

Bukan Islam Masuk Masjid, Dulu boleh sekarang tak boleh?.. err.. sudah tukarka?

Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu..


Mengulas tentang kisah Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010,Utusan Malaysia semalam melaporkan di muka depannya, telah memetik Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Kisah Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching yang telah memasuki Dewan Utama Surau Al-Huda pada 22 Ogos 2010 yang lalu telah disensasikan oleh berberapa buah blog Pro-UMNO, hinggakan ada yang yang menulis Nie Ching telah memasuki Surau tersebut dalam keadaan berbogel kerana tidak menutup rambut (contohnya seperti Rosmah Mansor).

Dan Ahli Parlimen DAP Teo Nie Ching pula yang mengulas isu kemasukannya ke dalam ruang solat utama di surau itu, berkata beliau hanya memenuhi jemputan."Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk. Saya double check sama ada boleh masuk atau pun tidak.

"Saya sudah mendapat keizinan daripada pihak surau untuk masuk ke dalam surau. Muslimin dan muslimat pun, mereka menjemput saya masuk," jelasnya lagi.- sepenuhnya di SINI

Kesalahannya adalah jelas disini iaitu Teo Nie Ching telah memasuki surau tersebut dengan tidak menutup aurat.. mungkin juga kerana Teo Nie Ching Ahli Parlimen dari DAP, maka tindakannya masuk keruang solat utama itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat besar oleh blogger-blogger pro UMNO..

Sedangkan Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.

Ini berdasarkan hadith Baginda SAW yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda SAW orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318)

Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.

Jika Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi menganggap perkara ini tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau..

Apa pula pendapat beliau tentang cadangan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) sendiri untuk menjadikan Masjid sebagai destinasi Pelancongan pada tahun 2008 dulu.

Cadangan itu dikemukakan kerana menurut kajian yang dijalankan oleh JAKIM Pada masa itu antara masjid yang berpotensi besar menarik pelancong ialah masjid negeri dan Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah dan Masjid Kristal Jerteh di Terengganu, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Masjid Kampung Laut Kelantan dan Masjid Ulu Melaka, Melaka.

Masjid yang paling berjaya menarik pelancong ialah Masjid Negara. Menurut laporan, Masjid Negara mendapat kunjungan kira-kira 255,800 pelancong asing sepanjang 2007.- sepenuhnya sila baca di SINI.

Jadi… kenapa dulu JAKIM membenarkan bukan Islam mengunjungi Masjid tetapi kini Pengarah JAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau.

Adakah kerana Teo Nie Ching seorang Ahli Parlimen dari DAP dan beliau juga seorang Cina yang bukan Islam telah memasuki Surau maka kini UMNO/BN terpaksa mengubah pula undang-undang?

Mungkin benar apa yang Mat Sabu cakap tadi.. UMNO ni sedang lemas.. orang yang lemas akan melakukan apa saja untuk menyelamatkan dirinya malah jika tahi yang melintaspun mereka akan berpaut pada tahi itu.. atau seperti Lembu yang nazak setelah disembelih, sebelum dia mati dia akan tendang apa saja yang berada disekelilingnya…

Jadi apa saja yang dirasakan boleh menyelamatkan dirinya akan dipergunakan oleh UMNO biarpun kebanyakkan isu itu akan mencetuskan backfire kepada mereka..

Contohnya macam Isu Khutbah di Pulau Pinang baru-baru ini.. Mana Zahid Hamidi? Kenapa sudah diam sekarang ?

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails