Thursday, August 19, 2010

Boleh pula Umno BN berpolitik di rumah Allah

Nor Ikhsan Mohamed Ali

Kami ingin memaklumkan satu program sempena Penghayatan Ramadhan telah berlangsung pada 15 Ogos 2010 (Ahad) anjuran Juara Rakyat 1Malaysia, Umno Bahagian Kota Raja, di Surau Islamiah, Taman Bukit Jati, Kampung Jawa, Klang, Selangor.



Umumnya, aturcara majlis ini memang sesuai dilakukan di rumah Allah dengan solat sunat, tadarus, musabaqah kanak-kanak dan masakan bubur lambuk.

Namun demikian, penganjur lupa akan perkara dan isu-isu berbangkit beberapa bulan yang lalu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang ditentang dan didebat habis-habisan oleh Umno Barisan Nasional sendiri agar tidak bersiasah atau berpolitik di rumah Allah iaitu masjid atau surau.

Amat jelas, kehadiran pada hari tersebut adalah mereka dari kalangan ahli-ahli parti Umno sendiri dan memang ’sah’ mereka gunakan parti untuk berpolitik di rumah Allah tersebut. Dengan mewar-war kain rentang digantung di beberapa tempat di kawasan Parlimen Kota Raja tanpa menghiraukan sensitiviti masyarakat setempat untuk beribadah di surau tersebut.

Kami selaku Jawatankuasa JKKK juga kehairanan, ini adalah kerana semua surau-surau di bawah Jais berpayung dan induk kepada masjid berdekatan. Contohnya, surau berkenaan di bawah kariah Masjid Datuk Dagang, Kampung Jawa yang mana langsung tidak peka atau menghormati dengan program parti politik Umno BN yang telah mereka anjurkan.

Sehubungan dengan ini, kami mewakili JKKK Kg Jawa agar tindakan sewajarnya dapat diambil oleh Jais agar kejadian dan program seumpama ini tidak berulang di tempat-tempat lain khususnya di rumah Allah.

Nor Ikhsan Mohamed Ali,
Setiausaha JKKK Kg Jawa, Klang.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails