Tuesday, August 3, 2010

Bekas ADUN UMNO dan Pembantu maut dengan kesan tembakan.

PETALING JAYA: Adakah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh menembak pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Siti Rohana sebelum menembak diri sendiri atau sebaliknya?

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan tersebut.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menyiasat pelbagai aspek, termasuklah ‘pembunuhan-bunuh diri’.

Namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu sambil berkata "Biar kita siasat terlebih dahulu".



Sebelum itu, bahagian forensik polis masih meneliti kereta jenis Toyota Caldina sebagai petunjuk kes.

Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 20, ditemui mati dalam kenderaan tersebut.

Mayat kedua-kedua mangsa kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Menurut Khalid tiada pihak ketiga ditemui ketika kejadian itu berlaku,

Beliau turut mengesahkan bahawa pistol itu ditemui di dalam kenderaan mangsa.

Menurut polis kereta dinaiki mangsa berlanggar pembahagi jalan kira-kira jam 10 pagi tadi.

Malah polis memberitahu pihaknya yang ditugaskan untuk menyiasat insiden itu pada awalnya menyangka ia hanya satu kemalangan biasa.

"Namun ahli patalogi yang sampai ke tempat kejadian menemui tembakan di kepala mangsa," kata jurucakap polis tersebut.

Aziz berkhidmat sebagai Adun Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Abu Hassan Omar dari tahun 2004 hingga Februari 2008.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails