Monday, August 2, 2010

Anti ISA : Cerita Rakyat vs Cerita Polis.. (Videoclip)

Menyuraikan peserta demo atau menghalang peserta demo bersurai?

Cerita dari Rakyat..

Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu mengutuk tindakan polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman di Padang Timur.

“Saya anggap himpunan ini perjumpaan aman. Polis tak patut buat begini.

“Memang rakyat tak mahukan ISA. Takkan mereka nak kata kami suka iSA,” kata pemimpin DAP ini.

Sentimen yang sama diulang oleh Hee.

“Saya kesal polis tangkap ramai rakan seperjuangan. Mereka buat perjumpaan aman tapi polis anggap sebagai musuh,” katanya.

Latheefa yang juga ahli majlis MPPJ menyifatkan polis tidak menghormati kelulusan pihak berkuasa tempatan itu.

“Ahli majlis memberi kelulusan bertulis untuk program ini dan keluarkan surat kebenaran. Tapi polis langsung tak hormati.

“Rakyat cuma buat nyalaan lilin, apa yang dibawa cuma lilin, bukan senjata,” katanya.




Cerita dari Pihak Polis..

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed memberitahu pemberita di sini bahawa polis terpaksa bertindak menahan individu terbabit selepas mereka enggan mematuhi arahan supaya bersurai selepas perhimpunan bermula seawal pukul 7 malam.

Beliau berkata pada mulanya kesemua aktivis berkumpul di tempat letak kereta pusat membeli belah terbabit sebelum berarak beramai-ramai menuju ke Dataran Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Katanya, kesemua mereka kini ditahan di IPD untuk disoal siasat.

Arjunaidi berkata pihak penganjur tidak memohon sebarang permit dari pihak polis untuk mengadakan perhimpunan malah dakwaan pihak penganjur bahawa permit telah dikeluarkan oleh MBPJ pula tidak masuk akal kerana MBPJ tidak punya kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails