Monday, August 2, 2010

Anti ISA : 36 orang ditangkap dalam 1 Malaysia

"Seorang polis berpangkat rendah memaklumkan kepada wartawan , tugas mereka hari ini adalah menyuraikan semua peserta, dan menangkap mereka yang memegang lilin."

Pegang lilin pun kena tangkap?


Malam Mansuhkan ISA, perhimpunan sempena ulang tahun ke-50 Akta Keselamatan Dalam Negeri digubal, berdepan dengan penangkapan oleh pihak polis. Kira-kira 200 orang tenaga polis dikerah untuk berdepan dengan 300 hingga 400 orang peserta, dalam perhimpunan yang bertempat di Padang Timur, Dataran MBPJ Selangor.

Menurut maklumat terkini, seramai 30 orang ditangkap di Selangor, 4 orang di Pulau Pinang, dan tiada penangkapan di Ipoh, Perak dan Kuching, Sarawak. Polis menahan 2 orang penyelaras di Kelantan, iaitu Zaidi Musa dan Hamidi Musa selepas perhimpunan disuraikan.

SUARAM telah mengenalpasti nama 21 orang yang ditangkap di Selangor, termasuklah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim, Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Bahrulhisham, Enalini Elumalai, Arulchevan, Mien Lor, Thilaga Sokiapillay, Tsuing Han See, Kohila Y., Bawani K., Parames E., Sivaranjani, Lee Wei Ni, Ng Yap Hwa, E. Sarawanen, Xavier Sim Yoon Han dan Aiman Siew Teck Meng.

Seorang polis berpangkat rendah memaklumkan kepada wartawan , tugas mereka hari ini adalah menyuraikan semua peserta, dan menangkap mereka yang memegang lilin.

Petaling Jaya, Selangor

9:30 pm Truk penyembur meriam air tiba untuk berdepan dengan ratusan peserta yang berada di luar Balai Polis Petaling Jaya. Peserta melaungkan slogan "Hidup Rakyat". FRU telah berbaris dan peserta melarikan diri ke tempat meletak kereta yang berhampiran. Empat orang lagi ditangkap.

8:50 pm Polis menyerbu ke dalam Amcorp Mall.

8:45pm Peserta yang berhimpun di dalam Amcorp Mall melaungkan slogan "Hidup Rakyat!", diketuai oleh Arutchelvan, yang melangkah menuju ke Centre Court. Polis menangkap lapan orang lagi, termasuk Arutchelvan. Bilangan tangkapan mencecah ke 20 orang setakat ini.

Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Latheefa Koya berkata, penggunaan padang MBPJ hanya memerlukan permit daripada MBPJ. Arutchelvan telah menunjukkan permit tersebut kepada polis sebermulanya perhimpunan, tetapi tidak dipedulikan polis.

8:40 pm Setiausaha Kehormat Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kuala Lumpur., Fadiah Nadwa Fikri berkata, seramai 12 orang ditangkap, tetapi hanya mempunyai butiran lapan orang, termasuk Presiden Gerakan Mansuhkan ISA Syed Ibrahim Syed Noh dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin.

8:15pm Polis menghampiri tempat letak kereta, dan peserta berundur ke dalam Amcorp Mall. Polis tanpa uniform menyerbu ke dalam Amcorp Mall dan Badrul Hisham Shaharin ditangkap.

Antara 300 hingga 400 orang yang hadir untuk perhimpunan ini, sementara polis pula mengerah kira-kira 200 orang tenaga.

8.00pm Peserta yang berhimpun di tempat letak kereta Amcorp Mall bersedia untuk berarak ke padang MBPJ, tetapi OCPD Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed mengisytiharkan bahawa perhimpunan ini adalah haram dan memberi arahan untuk bersurai.

Sementara Setiausaha Agung PSM S.Arulchelvan berunding dengan polis, peserta menyanyikan lagu kebangsaan, tetapi tidak dipedulikan oleh polis.

Pulau Pinang

Sementara di Pulau Pinang pula, penangkapan juga berlaku sebelum perhimpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam. Antara yang ditangkap termasuklah Darshan Singh, Kris Khaira, Choo Chon Kai dan Ong Jing Cheng, koordinator SUARAM. Kira-kira 200 orang tenaga polis dikerah untuk menyuraikan perhimpunan, yang bertempat di Dataran Pidato, Esplanade Padang Kota Lama.

Ipoh, Perak

Ahli Jawatankuasa GMI di Perak, Chang Lih Kang yang juga ADUN Teja-PKR, memaklumkan kepada MerdekaReview bahawa perhimpunan di Ipoh berjalan dengan lancar, hasil daripada kebijaksanaan penganjur mengatur strategi.

Mereka mengambil keputusan untuk mengalih pandangan polis apabila mendapati lokasi asal perhimpunan, Dataran Majlis Bandaraya Ipoh telah ditutup oleh polis pada jam 7 petang. Maka, pengantur menghantar beberapa orang wakil untuk berunding dengan OCPD Ipoh, ACP Azizman, yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Pada masa yang sama, peserta yang lain pula bergerak menuju ke Ipoh Parade, dan berkumpul di situ. Dengan tangkas mereka bersurai sebelum ratusan polis sampai ke tempat mereka mengadakan perhimpunan.

Menurut Chang Lih Kang, polis telah berseddia untuk menangkap, tetapi ketangkasan mereka bersurai menggagalkan tugas polis. Perhimpunan tersebut ditamatkan pada kira-kira 8.50 malam.


Merdeka Review

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails