Wednesday, July 7, 2010

Zul sudah dipecat dari PAS secara automatik tahun 2008

Kata Rakyat Marhaen : Almarhum Dato Fadzil Nor dulu kalau hang hadir mesyuarat JK Pusat...dia akan cuba elak hadir jadi Pengerusi dan tak masuk mesyuarat..Almarhum masa hayatnya tahu benar perangai hang....!!!

Apa yang aku dengarpun macam tu jugak.. ada juga yang kata bila Ceramah atau sebarang majlis yang diadakan jika Zulkifli Nordin ni hadir Almarhum juga akan cuba mengelak dari menghadirinya..


PAS pecat Zul automatik 2008 selepas sertai PKR

Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin bukan lagi seorang ahli PAS sejak beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun yang lalu, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Mustafa memberitahu The Malaysian Insider, perlembagaan PAS memperuntukkan bahawa seseorang ahli akan hilang keahliannya secara automatik apabila mereka menyertai parti politik yang lain.

PKR merupakan komponen Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PAS.

“Menurut perlembagaan PAS, sebaik sahaja anda menyertai parti lain, anda hilang (taraf) keahlian,” kata beliau.

Semalam, Zulkifli yang kini merupakan anggota Dewan Rakyat yang bebas mendakwa beliau masih merupakan seorang ahli PAS meskipun telah dipecat PKR Mac lalu atas kerana melanggar peraturan parti.

Katanya, PAS sekurang-kurangnya harus memberi makluman notis menunjukkan beliau bukan lagi ahli parti itu.

“Tidak perlu memaklumkan beliau, beliau secara automatik sudah dipecat,” kata Mustafa ketika ditanya sama ada Zulkifli perlu dimaklumkan oleh parti itu.

Zulkifli berkata beliau menjadi ahli PAS sejak 1997.

Pada 2004, Zulkifli bertanding di Kuala Langat atas tiket PAS tetapi tewas di tangan wakil Barisan Nasional, Datuk Dr Shafie Salleh.

Dua tahun lalu Zulkifli menyertai PKR dan bertanding di Kulim-Bandar Baharu dengan menewaskan bekas ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.



The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails