Friday, July 16, 2010

Yang bergaduh UMNO Sg. Petani, tapi PR Kedah dikatakan Retak?

Hairan juga aku membacanya.. ribut tak ada.. hujan tak ada.. tiba-tiba Setiausaha UMNO Kedah ni kata Keretakan PR Kedah serius..

Setahu aku yang bergaduh riuh rendah tu UMNO sendiri.. antaranya ialah UMNO Sungai Petani.. berita penuh sila baca di SINI


Keretakan PR Kedah serius

ALOR SETAR - Setiausaha UMNO Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) Kedah kini di ambang keretakan memandangkan suara Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak didengari oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pas.

Katanya, PKR seolah dianaktirikan apabila keluhan Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Wan Salleh Wan Isa tidak diendahkan sedangkan beliau adalah orang kuat PKR Kedah.

“Ini menunjukkan adanya keretakan serius dalam pakatan itu. Sekiranya orang kuat PKR pun tidak mendapat perhatian daripada kepimpinan Pas, apatah lagi orang bawahan. Maknanya pemimpin Pas jaga orang dia sahaja, orang PKR dia buat tak endah,” katanya.

Ir Nawawi mengulas tindakan Wan Salleh yang meletak jawatan sebagai wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) angkat bagi kawasan DUN Kuah, Langkawi berkuat kuasa 13 Julai lalu.

Peletakan jawatan itu dibuat kerana kecewa dengan sikap dan kerenah segelintir pegawai agensi bawah Kerajaan Negeri yang enggan memberi kerjasama berhubung permasalahan rakyat, peruntukan dan sebagainya.

Ir Nawawi yang juga ADUN Kuah berkata, peletakan jawatan itu jelas menunjukkan tiada kerjasama antara parti komponen PR untuk membangunkan negeri, malah mengandaikan pakatan sedia ada sudah rapuh, bagaikan retak menanti belah.

“Daripada pemerhatian saya, mereka hanya pandang sebelah mata sahaja pada PKR. Eloklah ahli-ahli PKR sama ada di Langkawi atau daerah lain fikir semasak-masaknya mengenai insiden itu. Di mana kedudukan mereka pada pandangan Pakatan Rakyat yang diterajui Pas,” katanya.

Ir Nawawi turut menafikan beliau antara dalang yang menghasut pegawai agensi bawah Kerajaan Negeri yang enggan memberi kerjasama kepada ADUN angkat Kuah itu.

“Saya nafi sekeras-kerasnya terbabit dalam kemelut itu. Mungkin pendekatan beliau salah atau tidak ikut prosedur ditetapkan. Saya selaku ADUN dan wakil rakyat Kuah tidak berdepan masalah seperti yang dialami beliau,” katanya.

Menurutnya, kesemua pegawai agensi sama ada bawah Kerajaan Pusat mahupun negeri memberi kerjasama baik kepadanya, dan beliau sanggup mengetepikan fahaman politik ketika berurusan demi untuk menjaga kebajikan penduduk.

Ir Nawawi turut menyarankan Wan Salleh supaya melepaskan semua jawatan dalam PKR dan menyertai UMNO, sekiranya benar-benar mahu berbakti kepada penduduk Langkawi.

“Beliau seorang yang berpengaruh tetapi tidak mendapat kerjasama yang sepatutnya daripada Kerajaan Negeri. Lebih baik beliau sertai UMNO dan bergandingan dengan saya untuk bangunkan kawasan, jika tidak puas hati dengan kepimpinan sedia ada,” katanya.

Menurutnya, beliau mengagumi tindakan berani Wan Salleh itu yang sanggup melepaskan jawatan sebagai tanda protes terhadap parti komponen sendiri, walaupun memegang jawatan nombor dua tertinggi dalam PKR.

“Jika sudah tidak sehaluan, buat apa tunggu lagi. Mungkin perjuangan parti masing-masing sudah tersasar dan timbullah pergeseran apabila masing-masing tidak puas hati,” katanya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails