Monday, July 26, 2010

Videoclip : Ezam Memutarbelit fakta di Taman Sri Andalas pula..

Jika dihari pertama kempen ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ yang bermula di Shah Alam dan Kota Raja dimana Noh Omar, Satim Diman, Abdul Shukor Idrus turut bersama memutar belitkan fakta mengenai aktiviti perlombongan pasir secara haram di Selangor, Ezam selaku pemidato utama telah menyerang Anwar Ibrahim dengan tuduhan Anwar Pro Yahudi, Anwar Peliwat, Anwar Pengkhianat.. dan berbagai cerita tentang Anwar sahaja.

Videoclip berkenaan sila lihat di SINI

Begitulah juga apa yang diucapkan oleh Ezam pada malam kedua siri ceramah ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’, di padang bola berdekatan bilik gerakan Umno di Sri Pendamar, Pelabuhan Kelang. Yang turut dihadiri oleh Ketua Umno bahagian Kelang Datuk Mazlinoor Abdul Latiff, Exco Pemuda Umno Lokman Adam dan pemimpin parti komponen BN bahagian Kelang. Berita berkenaan sila baca di SINI

Ezam hanya mengulangi skrip yang sama, iaitu Anwar Pro Yahudi, Anwar Peliwat, Anwar Pengkhianat.. dan berbagai cerita tentang Anwar. Dengan sedikit tambahan iaitu mengajak rakyat Selangor "menyahkan" ketua umum PKR itu daripada menjadi penasihat ekonomi negeri Selangor.

Bagi sesiapa yang pernah pergi ke Sarkis pasti akan melihat burung Kakak Tua yang petah berkata-kata, memang petah.. tapi ianya hanya mengulangi ayat yang sama berulang kali.. macam Ezam lah..

Dengan berbekalkan aksi dan gaya Anwar Ibrahim, malah tonasi suara yang ditiru dari Anwar Ibrahim saksikanlah pula videoclip Ezam memutarbelit fakta di Taman Sri Andalas.

Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails