Thursday, July 15, 2010

Videoclip Demo Pejuang-pejuang Pasir dihadapan Bangunan SUK Selangor.

Videoclip diakhir entry..

Sebelum itu diharap pejuang-pejuang pasir ini tidak lupa untuk melakukan demonstrasi dihadapan Bangunan SUK Johor pula, kerana di Johor pun apa kurangnya isu pasir ini, berita sila lihat di SINI




Sekumpulan 300 orang yang terdiri daripada ahli Umno, MIC, MCA dan Perkasa berarak dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ke Bangunan SUK, jaraknya kira-kira 1.5 kilometer, untuk menyerahkan memorandum kepada Khalid.

Bagaimanapun pegawai-pegawai unit komunikasi dengan diketuai Dr Badrulamin Bahron bertindak menutup pintu utama bagi mengelakkan kumpulan itu memasuki kawasan Bangunan SUK kira-kira 11.25 pagi tadi.

Tindakan itu mengakibatkan penunjuk perasaan terbabit yang diketuai oleh Ketua Umno Ampang Ismail Kijo mengejek dan menggunakan slogan memperkecilkan pentadbiran Khalid.

Memorandum itu secara bersama disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno Selangor Suhaimi Ghazali, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dan Pengerusi Perkasa Selangor, Abdullah Mansor kepada Azman Abidin, Setiausaha Eksekutif Menteri Besar di pintu masuk Bangunan SUK.

Penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang berada di kawasan dalam Bangunan SUK dengan turut membawa sepanduk menyokong Khalid dengan membalas dengan slogan-slogan mengecam BN dan Umno.

Jerit-menjerit tercetus apabila kedua-dua pihak mengeluarkan kata-kata kurang sopan dengan diawasi oleh sekumpulan anggota polis.- berita penuh sila baca di SINI


Saksikan pejuang-pejuang pasir berdemo..




Sumber video : Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails