Monday, July 12, 2010

Tanah Kampung Melayu, milik orang Melayu..

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk meroboh perkampungan Melayu di negeri itu kerana banyak tanah perkampungan Melayu adalah milik individu dan bukan kerajaan negeri kata Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.

Yang menyodok rumah-rumah orang Melayu setelah tanah mereka dijual ialah UDA iaitu sebuah agensi milik kerajaan pusat..

Awatla penyokong-penyokong UMNO Penang ni tak faham-faham.. Tarak Akai ka?


Tanah kampung Melayu milik individu

Oleh Muda Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa untuk meroboh perkampungan Melayu di negeri itu kerana banyak tanah perkampungan Melayu adalah milik individu dan bukan kerajaan negeri.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri tidak boleh campur tangan, jika pemilik tanah persendirian mahu memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun katanya, jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh membawa perkara ini ke mahkamah. Kerajaan negeri pernah menghalang Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) meroboh perkampungan orang Melayu di Tanjung Tokong.

“Tetapi kerana UDA nak majukan dengan projek kondominium, orang Melayu terpaksa keluar kerana tidak mampu membeli unit-unit kondominium tersebut," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Lim menjelaskan, “kerajaan negeri boleh halang UDA kerana sebahagian tanah di situ milik kerajaan negeri. Tetapi saya nak tanya yang nak ambil tanah itu kerajaan negeri atau UDA kerana UDA adalah sebuah agensi milik kerajaan pusat,” soal beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan negeri sedang membangunkan tapak tanah perkampungan Melayu di negeri itu dengan tujuan supaya orang Melayu keluar dari kampung mereka.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Umno dan Gerakan perlu membuktikan dakwaan bahawa kerajaan negeri sengaja mahu memusnahkan perkampungan Melayu.

"Ini wayang sahaja, ini kenyataan politik untuk kepentingan politik sendiri,” sindir beliau.


Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails