Tuesday, July 27, 2010

Surat dari MP British kepada Taib Mahmud..

Malaysiakini telah melaporkan.

Ahli parlimen Britain telah menulis kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi melahirkan kebimbangan mereka terhadap pencabulan seks ke atas gadis serta wanita Penan dan peminggiran kaum pribumi itu.

Bercakap bagi pihak, wakil parlimen British itu, pengerusi kumpulan ahli parlimen semua parti (APPG) bagi kaum pribumi, Martin Horwood dalam suratnya sempena lawatan Taib ke UK minggu ini meminta pemimpin itu "memastikan gadis dan wanita Penan dilindungi daripada keganasan seks dan membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.”

Sejak tahun 2008, apabila laporan yang gadis dan wanita Penan diperkosa oleh pembalak didedahkan oleh media arus perdana, pelbagai pihak membidas kerajaan Taib yang berdegil tidak menerima hakiakt itu dan menyiasatnya.

Berhubung peminggiran masyarakat Penan di Sarawak, Horwood berkata beliau 'gembira' apabila diberitahu "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Ulu Baram, Khamis lalu" dan berharap lawatan itu adalah permulaaan bagi dialog tulen agar suara Penan akan didengar.

“Tanpa pengiktirafan hak tanah, kaum Penan masih bergelut untuk kehidupan seharian mereka dan akan lemas oleh keganasan dan tindasan,” katanya.

“Seperti yang diketahui, syarikat pembalakan telah sekian lama beroperasi di tanah Penan tanpa restu dan bantahan mereka selama ini tidak dipedulikan.

“Ramai yang bergelut untuk mencari makanan yang mencukupi kerana aktiviti pembalakan telah menyebabkan berkurangnya binatang liar dan mencemari sungai sehingga menyebabkan ikan berkurangan. Akibatnya, ramai yang kesihatan mereka terjejas.

Sila lihat suratnya di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails