Sunday, July 18, 2010

Siapakah Dia 'personaliti berpengaruh Malaysia' yang ditahan di Paris bersama Paris Hilton?

PARIS: Paris Hilton ditahan di Corsica setelah anjing pengesan menghidu kuantiti "kecil" dadah jenis marijuana dalam beg miliknya, lapor akhbar Perancis, Sabtu.

Akhbar Corse Matin menyebut, pegawai keselamatan lapangan terbang di Figari menemui kira-kira satu gram marijuana.

Hilton, yang mahu berangkat daripada pulau Mediterranean Perancis itu dengan jet persendirian pada Jumaat, ditahan untuk soal siasat tetapi dibebaskan 30 minit kemudian.

Menurut berita yang dipaparkan pada laman web, akhbat itu menyebut, Hilton melancong bersama-sama 'personaliti berpengaruh Malaysia' dari Paris ke Porto Cervo, Sardinia.

Menerusi paparan laman TwitLonger, Sabtu, Hilton menulis, "Hanya ingin menghentikan khabar angin ini. Berita mengatakan saya ditahan adalah tidak benar sama sekali!"
"Saya sedang melalui percutian paling hebat dalam hidup saya," menurut Hilton.

Awal bulan ini, Hilton ditahan selepas menyaksikan perlawanan Piala Dunia antara Brazil dan Netherlands di Port Elizabeth, South Africa kerana disyaki memiliki marijuana.

Kes itu digugurkan pada perbicaraan mahkamah sekitar tengah malam.

Pada 2007, Hilton dijatuhkan penjara 45 hari atas kesalahan memandu secara berbahaya dalam keadaan mabuk.

Setelah 23 hari dalam lokap, Hilton memberitahu hos televisyen Amerika Syarikat (AS) Larry King bahawa pengalaman itu menyebabkannya berfikir tentang kesan berparti ke atas hidupnya.

Katanya, dia mahu membantu mengumpul dana kebajikan untuk kanak-kanak dan pesakit kanser payu dara serta sklerosis berganda.


AP

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails