Tuesday, July 27, 2010

Siapa halang Guru berpolitik kalau bukan UMNO..

Oleh : Penebang Gharqad

Siapa halang guru berpolitik kalau bukan UMNO?

Kenapa?

Sebab setiap kali perhimpunan agung UMNO sebelum larangan, majoriti perwakilan adalah guru. Ini bahaya.

Kenapa bahaya?

Ini bahaya kepada politik keturunan bangsawan Melayu yang mencari makan dengan berpolitik. Ini memandangkan guru adalah golongan bijak pandai Melayu pada masa itu. Guru-gurulah penjana pemikiran rakyat ketika itu dan ini dibuktikan dengan gerak kerja guru menentang British satu ketika dulu dan ini mampu mengancam kelangsungan penguasaan bangsawan Melayu. Jadi guru-guru perlu disingkirkan dari politik.

Apa akibat dari penyingkiran ini?

Guru-guru dibelenggu dengan undang-undang. Peranan guru ini diganti dengan golongan yang lebih rendah nilai tahap intelek yang bersikap 'yesman' yang kemudiannya menjadi menteri-menteri. Kurangnya pengetahuan dalam pentadbiran dan pengetahuan umum menyebabkan idea mereka tidak berkembang dan di sinilah golongan bangsawan Melayu yang jahat ini mengemukakan pendapat pastinya akan sentiasa dipersetujui oleh menteri-menteri dari strata akademik bawahan.

Apa akibat dari keadaan ini?

UMNO banyaknya dikuasai oleh keturunan bangsawan ini. Lebih menyedihkan mereka menguasai negara macam harta mak bapak mereka.

Kenapa sekarang mereka benarkan?

UMNO sangat-sangat tersepit, sudah pasti dari kajian-kajian menunjukkan respon yang buruk yang bakal mengundang kehilangan kuasa keturunan bangsawan yang memerintah kini. Selepas gagal dalam isu perpaduan Melayu... mereka mengharap guru dapat membrainwash masyarakat - idea bodoh dari tokoh veteran UMNO yang mana agaknya ye? Namun mereka lupa bahawa strategi tersebut tidak lagi boleh digunapakai kerana golongan bijak pandai yang pandai menilai buruk dan baik keadaan kini bukan lagi dari kalangan guru, namun telah terpecar kepada semua rakyat dari setinggi-tinggi jawatan hingga kepada penganggur yang berijazah mahupun mereka yang tiada pendidikan tinggi.

Jadi apa yang ada pada UMNO?

Yang ada dikeliling UMNO sekarang adalah kaki bodek bagi mendapat imbuhan. UMNO juga penuh dengan mereka yang tidak berakhlak dan bermoral. Mereka hanya menambahkan lagi kemusnahan UMNO. UMNO kini dikelilingi oleh dubuk-dubuk yang akan pergi selepas UMNO musnah.

Apa yang akan berlaku?

Hanya Allah yang lebih mengetahui. Namun yang dapat dilihat adalah ketidakpedulian rakyat kepada UMNO - jika suatu ketika dahulu jika diletakkan tunggul untuk menjadi calon BN, mereka pasti menang, namun kini tidak lagi. Malahan saya sentiasa mendoakan agar mereka dijahanamkan Allah mereka kerana kekufuran yang kerap mereka lakukan, selain kezaliman demi kezaliman yang mereka lakukan tanpa langsung rasa bersalah. Semoga Allah menghancurkan UMNO dan BN.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails