Friday, July 16, 2010

Semalam naikkan Harga keperluan asas.. Hari ini dia pilih baju..

Semalam.. dengan berbagai-bagai alasan yang tidak munasabah, Najib telah menaikkan harga Gula, Gas dan Minyak..

Kenaikkan ini walaupun sekadar 5 sen untuk minyak, 10 sen untuk gas memasak dan 25 sen sahaja bagi setiap Kilogram gula pasti akan memberi impak kepada kuasa membeli golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Tambahan pula Gula dan Gas memasak adalah keperluan asas yang amat diperlukan oleh peniaga-peniaga kecil yang terlibat didalam perniagaan makanan diwarong-warong dan gerai-gerai yang bakal tumbuh bagai cendawan di bulan Ramadhan ini.

Sedang mereka berkira-kira berapakah harga sebiji kiuh yang boleh dijual oleh mereka agar mereka tidak mengalami kerugian dengan kenaikkan harga barangan asas ini.

Sedang rakyat marhaen berfikir apakah aku mampu untuk membeli belah di Bazar Ramadhan buat berbuka puasa kali ini seperti tahun-tahun yang lalu..

Lihatlah kelibat manusia yang telah membenarkan kenaikan harga barangan asas ini, lakunya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Baginya memilih pakaian untuk diperagakan dihari kemerdekaan ini lebih penting dari memikirkan akan masaalah yang akan dihadapi oleh rakyat angkara kenaikkan barangan asas itu..

Mungkin didalam hatinya berkata “Korang susah? Korang tak ada duit?.. korang nak makan siput babi macam dekat Sabah tu? Ooo.. itu bukan masaalah aku.. yang penting aku ada duit! Dan aku senang.. korang tak mahu sokong UMNO/BN dalam PRU13 ni?.. tak ada masaalah.. ada ramai lagi Melyu-melayu lain yang aku boleh perbodohkan.. ha.. ha.. ha..”



Datuk Seri Najib Razak ketika memilih pakaian rasmi sambutan Bulan
Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan tahun ini yang diperkenalkan
kali kedua di Putrajaya hari ini

Najib pilih pakaian rasmi Hari Kemerdekaan ke-53

PUTRAJAYA, 16 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak hari memilih dua pasang pakaian rasmi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini.

Pakaian yang dipilih itu adalah daripada lima rekaan pakaian lelaki dan lima pakaian wanita rekaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia yang diperagakan kepada Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut sama menyaksikan rekaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang ditemui pemberita kemudian berkata satu daripada pakaian itu akan dipakai pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan satu lagi pada pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos.

Katanya selain untuk dipakai oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan, orang ramai juga boleh mendapatkan pakaian itu di pusat-pusat jualan Karyaneka selepas 15 Ogos nanti dengan harga antara RM50 dan ke RM100 bergantung kepada jenis kain.


Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails