Friday, July 23, 2010

RM1000 kepada anak yang menjaga Ibu Bapanya di P.Pinang

UMNO yang ditunggangi oleh MCA dan Gerakan dalam memerintah Pulau Pinang selama 50 tahun, tidak pernah atau gagal memikirkan apakah bantuan sebagai kerajaan yang mereka boleh hulurkan kepada warga Pulau Pinang.

Biarpun dikalangan mereka itu terdapat ramai cerdik pandai yang berkebolehan samada bijak melakukan pentadbiran mahupun bijak dalam memikirkan bagaimana mereka boleh membina harta dari kuasa dan pangkat yang ada.

Ramai juga pemimpin UMNO yang kini menjadi pembangkang di Pulau Pinang berkemampuan dalam menjadikan Melayu Pulau Pinang merempat di Tanah Air sendiri dengan cara membeli tanah-tanah mereka dan menjualkannya pula kepada pemaju-pemaju yang hendak memajukan kawasan tersebut.

Atas nama kemajuan Melayu Pulau Pinang terpaksa berkorban atau terkorban.

Kini Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat ryang diterajui oleh DAP, dalam usia yang masih mentah mereka berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat biarpun terdapat kekangan kewangan dan waktu (pinjam ayat DSAI).

Bermula pada Mac lalu kerajaan negeri telah menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan buat semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang dengan memberi saguhati sebanyak RM100.

Biarpun kelihatan sedikit, ini lebih baik dari tidak dihargai langsung semasa UMNO ditunggangi oleh MCA dan Gerakan semasa memerintah Pulau Pinang.

Yang menarik disini ialah bila pendaftaran permulaan dijalankan ramai Warga Emas yang merupakan Penyokong Tegar UMNO enggan mendaftar kerana tidak yakin dengan janji kerajaan PR itu.. ya lah.. mereka kan biasanya mendapat habuan dari pemimpin UMNO bila pilihanraya menjelang tiba sahaja..

Dan apabila pembayaran dilaksanakan, sessi pendaftaran kedua dijalankan yang menyaksikan hampir 70% yang mendaftar itu merupakan penyokong UMNO.

Biarpun sedikit.. ada hati yang terusik dan mula sedar betapa mereka tidak dihargai langsung oleh UMNO biarpun mereka menyokong UMNO.

Insentif baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang bagi menggalakkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka yang telah berusia 60 tahun keatas atau berstatus warga emas ialah, Apabila berlaku kematian yang melibatkan Ibu ataupun bapa yang dipelihara oleh waris atau anak-anak mereka, kerajaan negeri akan memberikan RM1,000 kepada waris atau anak-anak yang menjaga mereka.

Pemberian bagi mengurangkan beban menguruskan jenazah dan sebagai penghargaan dari kerajaan negeri buat waris.

Itu antara dua langkah membantu warga Pulau Pinang oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berikut adalah keseluruhan langkah yang telah dan akan diambil:


10 Agenda Perkayakan Rakyat

1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.

4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.

5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.

6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.

7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.

8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.

9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan

10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.

Keseluruhan dasar sila download dari SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails