Monday, July 26, 2010

Raja Petra punya pasal.. Pasukan pendakwa kes Anwar bercempera

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Pasukan pendakwa kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bercempera ekoran dakwaan blogger Raja Petra Kamarudin, salah seorang anggota perempuannya mempunyai hubungan intim dengan saksi utama dan pihak yang mendakwa, Mohd Saiful Bukhari.

Ketua pasukan pendakwa itu, Solicitor-General 2 Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun belum dapat mengesahkan samada ada timbalan pendakwaraya wanita itu akan digugurkan atau tidak dari pasukan itu.

“Saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang, saya akan bincang dengan pasukan saya dan lihatlah nanti pada 2 Ogos sama ada dia masih dalam pasukan ini atau tidak," kata Mohd Yusof sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah laman web.

Sementara itu, peguam Anwar, Sankaran Nair berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan Raja Petra itu.

"Kita akan hantar surat kepada pejabat AG hari ini, petang nanti mereka akan dapatlah surat itu," kata Sankaran.

Pihaknya akan menunggu jawapan rasmi dari pejabat Peguam Negara sebelum membuat apa-apa tindakan yang sesuai.

Bagi beliau, jika benar dakwaan Raja Petra ini, ia merupakan satu yang sangat buruk dan ia akan menjadi lagi buruk kalau ia dibiarkan tanpa penjelasan yang wajar.

“Ini akan memberikan implikasi yang serius terhadap perbicaraan ini. Kami mahu Peguam Negara mengesahkan atau menafikan dakwaan ini. Kamar Peguam Negara perlu tidak berpihak dalam hal ini kerana Saiful adalah pihak yang membuat aduan dan saksi utama pendakwa," kata Sankara.

Raja Petra dalam blognya mendakwa Saiful mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang anggota wanita pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin kanan PKR, Peguam Sivarasa Rasiah mendakwa, beliau ada maklumat mengenai tuduhan ini.

Saiful sebelum ini membuat laporan polis diliwat oleh Anwar dan ekoran itu Anwar didakwa oleh pasukan pendakwa yang diketuai Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohd Yusof mendakwa peranan timbalan pendakwaraya wanita itu hanya minima sahaja kerana dia tidak termasuk secara rasmi dalam pasukan pendakwaan beliau.

Wanita itu hanya dibawa masuk untuk membantu mengumpulkan data dan mengambil nota semasa perbicaraan kerana salah seorang anggota pendakwaan telah meninggalkan pasukan itu.

"Jadi, saya tidak boleh kata dia digugurkan dari pasukan ini, kerana dia bukan anggota pasukan ini sebenarnya, bukan macam (DPP) Noorin (Badaruddin), atau Wong (Chiang Kiat), atau saya. Dia dibawa untuk membantu tetapi sekarang kita sekurang-kurangnya ada tiga peguam yang boleh menyusun, dan kadang-kadang Noorin juga mengambil nota.

"Selain itu, dia (wanita yang dikaitkan) juga adalah pendakwaraya, peguam. Dia juga ada kes yang kena kendali. Jika kita putuskan tidak masukkan dia dalam pasukan kita bulan depan, ini kerana kita boleh kendalikan kes ini tanpa dia...juga kerana dia ada kes lain yang perlu diuruskan," kata Mohd Yusof.


Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails