Thursday, July 22, 2010

Najib bayar RM50K untuk dapat liputan akhbar Amerika

Pada 9 Julai yang lalu Media UMNO (Utusan) telah mencetuskan kontroversi dengan laporannya yang bertajuk “Anwar didakwa bayar CNN'.

Menurut laporannya kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini. .

Dan CNN telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Media UMNO itu.

Dan hari ini Malaysiakini telah menyiarkan laporan yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington, RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Hah! Apa cerita tu?

Inilah yang dikatakan ‘paku dulang, paku serpih. Mengata orang depa yang lebih..

**********************************************************

PM tabur RM50k untuk dapat liputan akhbar Amerika
Steven Gan

Jul 22, 10, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington, RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya, hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk ‘yuran kejayaan’ kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails