Monday, July 19, 2010

PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

Antara alasannya

~ Nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan

~ Semua janji kosong sahaja. Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami.

~ Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini,” katanya.

Hmmm.. sejak bila ahli-ahli PKR ni bercakap serupa dengan ahli-ahli UMNO? bercakap tentang nasib Melayu..

Jadi rasanya kalau nak memperjuangkan nasib Melayu sahaja memang UMNOlah parti yang sesuai..

Walau apa jua alasan mereka kepada pihak yang berkenaan sila pandang dari sudut yang positif..

Alasan mungkin menunjukkan mereka-mereka itu berfikiran sempit dalam berpolitik tetapi jika ditinjau apa kata akar-umbi disetiap ranting kemungkinan besar itulah antara jawapan yang akan diterima..

Dan pihak pimpinan perlu sedar mereka itu penyokong bukan pemimpin dan dalam demokrasi kemenangan ditentukan oleh jumlah penyokong itu sendiri...

Jangan dok NGANGA!!

Dan Khas buat TKM1 Pulau Pinang.. banyak rungutan yang aku dengardah.. rungutan seperti alasan No. 2 diatas..

Yang membaca dan rapat dengan beliau sila sampaikan.. jangan jadi HIPOKRIT!!


PKR Ranting Permatang Tinggi dibubar

BUKIT MERTAJAM 18 Julai – Seramai 56 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Jalan Permatang Tinggi di sini bertindak keluar parti sekali gus membubarkan cawangan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Pada masa sama, semua mereka membuat keputusan menyertai UMNO dan borang keahlian diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak; Ketua UMNO Cawangan Permatang Tinggi, Saidin Ali; bekas Ketua PKR cawangan terbabit, Shafie Ali dan bekas Naib Ketua cawangan, Ismail Md. Ali.

Lebih 30 ahli cawangan yang keluar parti hadir ke Majlis Pembubaran PKR Ranting Jalan Permatang Tinggi dengan memakai kemeja T tertera ‘Selamat Tinggal PKR’ dan logo parti yang sudah retak di bahagian belakang.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas itu, Ismail berkata, keputusan itu dibuat kerana mereka sudah bosan dengan tindak-tanduk pemimpin parti yang lebih mementingkan agenda masing-masing.

Menurutnya, nasib rakyat terutama golongan Melayu di kawasan itu kini semakin diabaikan, malah sepanjang dua tahun ini kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk daripada PKR, Tan Hock Leong juga tidak kelihatan.

‘‘Semua janji kosong sahaja. Turun tengok orang susah yang sangat memerlukan bantuan juga buat seperti tak endah. Orang kampung ini juga tak kenal wakil rakyat sebab tak turun bercampur dengan kami.

‘‘Peruntukan untuk orang Melayu yang rata-rata penduduk miskin di sini juga tak perlu cakaplah, memang dari dulu tak pernah ada, tak nampak pun sumbangannya di sini,” katanya.

Dalam pada itu, Musa yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, hampir setiap hari UMNO menerima borang daripada penduduk di sini untuk menjadi ahli parti itu.

Malah dakwanya, kira-kira 300 ahli daripada tiga cawangan PKR di negeri ini kini dalam perbincangan untuk keluar parti.

‘‘Kita sentiasa terima dengan terbuka, namun pemantauan akan dibuat berhubung perkara itu kerana tidak mahu ada antara mereka yang nak jadi ahli semata-mata mahu kucar-kacirkan UMNO.

‘‘Kita tahu sebenarnya ramai yang sangat kecewa dengan pakatan pembangkang kerana mereka sekarang sudah menjadi pakatan pembohong,” ujarnya.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails