Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan Melayu : TG Haji Hadi, jangan biarkan luka menjadi kudis, kudis menjadi barah...

Biarpun kenyataan dari Naib Presiden PAS ini akan memedihkan hati sesetengah pihak yangmasih terhegeh-hegeh untuk mewujudkan kerjasama diantara PAS dan UMNO, namun terimalah ia dengan hati yang terbuka walaupun terluka..

Biarpun Mufti Perak itu enggan mendedahkan nama-nama individu yang didakwa telah menemuinya itu, percayalah pokok tidak akan bergoyang andai tiada angin bertiup kecuali ada beruk yang mengoyangkannya dan bertepuk sebelah tangan juga tidak akan menghasilkan apa-apa bunyi kecuali ditepuk ke dinding.

Kenapa masih ada yang menyuarakan hasrat ingin bekerjasama dengan UMNO? Adakah kerana kepentingan duniawi? Tidakkah mereka itu memikirkan apakah perasaan TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi yang telah jelas menyatakan pendirian mereka tentang kerjasama atau perpaduan antara PAS dan UMNO?

Tidakkah mereka itu memikirkan juga apakah perasaan penyokong-penyokong PAS yang selama ini menentang UMNO? Kerana tidak dapat menerima dasar yang dibawa UMNO maka mereka menyokong PAS..

Mereka yang masih berhasrat untuk bekerjasama dengan UMNO itu perlu sedar bahawa dalam sistem demokrasi ini, ramainya penyokong yang membolehkan majoriti diperolehi itu akan menentukan siapa yang berkuasa dan sehebat mana sekalipun pemimpin itu tanpa penyokong siapalah dia..

Jika bangsa dijadikan alasan untuk menyatukan antara PAS dan UMNO, tidakkah mereka terfikir selama lebih dari 50 tahun UMNO memerintah Negara ini kenapa tiada sebarang usaha untuk menyatukan bangsa Melayu?

Jadi apakah mungkin Penyatuan Melayu akan terjadi dalam masa yang singkat andaikata PAS bersatu dengan UMNO?

Kita sedar UMNO kini mulai kehilangan sokongan dari bangsa Melayu sendiri, mereka terdesak untuk bersatu dengan PAS.

Mereka akan memainkan isu ini sehingga berlaku perselisihan pendapat didalam PAS lantas mewujudkan keretakan yang membawa kepada perpecahan didalam PAS yang melibatkan perpecahan didalam Pakatan Rakyat selanjutnya yang akan memudahkan untuk mereka mengekalkan kuasa pada PRU13 nanti.

Ada seseorang telah berkata ‘Ikan yang rajin membuka mulutnya lambat laun akan tersangkut di mata kail bukan kerana umpannya tetapi kerana mulutnya yang terbuka’.

Terus terang aku akui strategi yang digunapakai oleh UMNO ini antara strategi yang boleh dikatakan baik.. mengasak secara lembut dan berterusan sehingga menimbulkan tekanan didalam PAS.

Diharap TG Haji Hadi mengeluarkan kata putus untuk menghentikan segalanya ini, jangan biarkan luka menjadi kudis dan kudis menjadi barah…

**********************************************

Lebih baik berpecah dari derhaka kepada Allah
Harakahdaily

TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

"Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Pelbagai komentar dan pandangan dari pelbagai pihak diambil bagi menyokong usaha perpaduan Melayu ini; sekaligus seolah-olah sesiapa yang tidak inginkan perpaduan Melayu adalah golongan yang bertindak bertentangan dengan kehendak Islam.

Menurutnya, pelbagai ayat Quran dan hadis bergema bagi menyokong usaha ini.

“Sebagaimana biasa PAS menjadi sasaran bilamana dengan tegas menolak hasrat perpaduan dengan Umno,” katanya.

“Isu besar ialah apakah untuk perpaduan bangsa atau perpaduan Islam. Kalau perpaduan bangsa; kenapa hanya Melayu perlu berpadu, bagaimana bangsa lain dalam negara. Apakah kerajaan suka kalau bangsa lain berpecah yang juga akhirnya melemahkan negara,” kata Tuan Ibrahim, bekas pensyarah pengajian Islam UITM itu.

“PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”.

“Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau.

PAS, katanya, tidak akan merelai perpaduan bagi mendokong tindakan yang bertentangan dengan Islam yang ditaja oleh Umno.

“Mereka sanggup menghalalkan perjudian di atas nama kebajikan dan sukan, serta pelbagai penyelewengan. Di saat rakyat tenderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS,” tambah beliau.

Katanya, di saat rakyat menderita dengan tekanan hidup akibat kenaikan kos hidup, rakyat melihat Umno gagal menjaga bangsa dan agama, maka jangan kegagalan ini disalahkan PAS kerana lebih 50 tahun Umno diberi kepercayaan oleh orang melayu Islam.

“Umno membelakangkan soal perpaduan; kelantan terus ditindas bahkan negeri Pakatan Rakyat terus diserang saban waktu. Tangan kiri mengholor perdamaian, tangan kanan terus menekan dan menindas bangsa sendiri.

“Kami tidak mahu memikul pengkhianatan UMNO kepada agama. 50 tahun negara ini tidak pernah merasai berjalannya hukum Allah secara menyeluruh, riba rasuah, pusat maksiat berleluasa sehingga remaja seolah-olah tiada hala tuju,” katanya.

Rakyat miskin, katanya, terus dibeban dengan kenaikan kos hidup; di waktu yang sama syarikat swasta kroni pemerintah terus menikmati subsidi luas biasa seperti IPP (Independent Power Producers).

Syarikat konsesi tol pula tidak dipotong subsidi mereka bahkan pembaziran terus berleluasa.

“Di saat negara berada dalam situasi paling buruk dalam sejarah dengan pelbagai isu besar spt penyerahan Blok L,M kepada Brunei, Tanah KTM di Singapura, Isu kemerosotan dana Felda yang mengejutkan, serta pelbagai gejala social yang berlaku menuntut rakyat membuat perubahan besar; bukan meminta PAS memikul sama kemungkaran ini,” tegas beliau.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails