Thursday, July 22, 2010

Perpaduan Melayu : Ini antara sebabnya..

Ini adalah antara sebab-sebab PAS perlu bersatu dengan UMNO atas dasar 'Perpaduan Melayu'.. Bersatulah Wahai BANGSAKU!!

keh.. keh.. keh..

Majlis Tertinggi Serah Pengurusan Dua Bahagian Umno Kepada Badan Perhubungan Negeri

KUALA LUMPUR, 21 Julai - Majlis Tertinggi (MT) Umno mengarahkan supaya pengurusan pentadbiran Bahagian Sungai Petani dan Bahagian Rantau Panjang, masing-masing diambil alih oleh Badan Perhubungan Umno Kedah dan Badan Perhubungan Umno Kelantan berikutan masalah dalaman kedua-dua bahagian itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mesyuarat MT pada Rabu memutuskan demikian bagi membolehkan pihak bertelagah merujuk kepada badan perhubungan masing-masing untuk menyelesaikan masalahnya.

"Kita bagi kepada badan perhubungan supaya kedua-dua pihak bertelagah boleh rujuk bila ada masalah. Jadi, badan perhubungan boleh ambil keputusan yang tidak akan memihak kepada mana-mana puak.

"Kita harap dengan cara ini bahagian dapat pulih keadaan dan dapat bercantum semula. Bila keadaan sudah reda kita akan serahkan balik kepada bahagian. Kaedah ini juga bukanlah sesuatu yang luar biasa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini.

Najib yang juga Presiden Umno berkata MT turut memutuskan untuk merujuk Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Datuk Mohd Zain Ismail bersama-sama bekas Naib Ketua Ghazali Abdullah dan Ketua Puteri bahagian itu Norhayati Mamat pada Jawatankuasa Disiplin kerana mengadakan mesyuarat bahagian tidak sah baru-baru ini.

"MT bersetuju untuk merujuk ketiga-tiganya ke Jawatankuasa Disiplin untuk mempertimbangkan apa jua keputusan yang wajar diambil," katanya.

Pada 26 Jun lepas, dua puak dalam Bahagian Rantau Panjang mengadakan persidangan perwakilan serentak iaitu yang diketuai Ketua Bahagiannya Abdullah Mat Yasin di Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan satu lagi diketuai Mohd Zain di dewan Umno bahagian itu.

Najib berkata MT juga mengambil maklum mengenai perkembangan dalam Bahagian Setiu, Terengganu tetapi setakat ini belum ada sebarang keputusan berkenaan tindakan yang bakal dilakukan.

Mengenai kedudukan Ketua Puteri Umno Putrajaya Hamiza Abdullah Zawawi, beliau berkata aktiviti sayap Umno itu berjalan lancar kerana kekosongan tersebut dipangku oleh Naib Ketua Puteri Husna Abdul Rahman.

Hamiza dilaporkan tidak menyertai aktiviti parti sejak setahun lalu.

Berhubung isu Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang dikatakan tidak aktif dalam aktiviti parti dan didesak meletak jawatan, Najib berkata mesyuarat tidak membincangkan perkara itu.

Bagaimanapun, katanya urusan bahagian itu boleh berjalan seperti biasa memandangkan Muhammad telah menyerahkan tugas tersebut kepada Timbalan Ketuanya Datuk Yahya Bujang.

Mengenai masalah mesyuarat beberapa bahagian Umno, Najib berkata keadaan itu bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak membimbangkan parti.

"Boleh dikatakan tiap-tiap tahun ada perkara ini. Jadi kalau setakat satu, dua bahagian, ia bukan satu keadaan yang luar biasa...tidak merungsingkan sebab bahagian-bahagian lain berjalan lancar," kata beliau.


BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails