Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan Melayu : Harussani hanya mahu Bodek Najib...

Walaupun beberapa ketika yang lalu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Beliau berkata, "Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

Tiba-tiba Isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini dihidupkan semula oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan diberi tajuk yang baru pula iaitu Perpaduan Melayu selepas beliau merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Mufti Perak itu berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti UMNO dan PAS.

Mufti Perak itu juga bersedia menjadi perantara jika UMNO dan PAS mahu bekerjasama dalam perkara perpaduan masyarakat Melayu serta umat Islam.

Harussani berkata, perjumpaan beliau bersama beberapa pemimpin kedua-dua parti itu baru-baru ini menguatkan lagi hasrat berkenaan.

Walaubagaimanapun kenyataan Mufti Perak itu disanggah oleh dua naib presiden PAS, iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang menyifatkan kenyataannya itu sebagai “satu fitnah dan pembohongan.” Lantas mencabar Mufti Perak itu mendedahkan nama-nama mereka yang menemuinya itu.

Kata Idham Lim “Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.”

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya kenapakah Harussani beria-ia benar hendak menyatukan UMNO dan PAS atas nama ‘Penyatuan Melayu’.

Hari ini dalam kenyataannya yang disiarkan oleh The Malaysia Insider menjelaskan kepada kita semua kenapa Mufti Perak ini yang sepatutnya berkecuali dari politik, bercakap tentang Penyatuan Melayu seolah-olah beliau merupakan seorang Ahli UMNO.

Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Jelas.. hanya kerana Najib mahu mempertahankan ‘Perpaduan Melayu’ kononnya maka Mufti Perak itu dengan tidak berlengah lagi bercakap tentang ‘Perpaduan Melayu’ yang diingini oleh Najib itu.

Mufti Perak itu berusaha menunjukkan kepada Najib betapa bersunguhnya dia dalam menjadikan cita-cita Najib itu kenyataan.

Sudah-sudah lah Harussani.. kalau teringin sangat nak jadi Ahli Politik, letak jawatan Mufti tu.. sertai UMNO.


Mufti Perak: PM mahu rundingan perpaduan Umno, PAS disegerakanOleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Harussani berkata keperluan itu dibangkitkan selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam semalam bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu.

“Perdana Menteri setuju tapi jangan letak syarat, beliau setuju supaya disegerakan soal perbincangan di antara Umno dan PAS.

“Beliau juga bersetuju supaya perbincangan itu perlu dibuat demi untuk mempertahankan perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Tapi Perdana Menteri minta supaya PAS jangan berdolak-dalik dalam perkara ini, kejap kata mahu, kejap kata tidak mahu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Laporan penuh sila baca di
SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails