Saturday, July 10, 2010

Pemuda UMNO Pulau Pinang GILA PUBLISITI!

Semalam satu demonstrasi telah diadakan oleh puak-puak Pemuda UMNO Pulau Pinang yang sudah tentunya dikepalai oleh kepala mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zailan di hadapan Masjid Jamek Jelutong selepas solat fardhu Jumaat.

Norman Zailan ialah Ketua Pemuda UMNO yang pernah dicabar oleh Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk berdebat tentang isu ‘Melayu Pulau Pinang di pinggirkan’ suatu masa dulu, namun beliau tidak mampu menunjukkan kelibatnya kerana mungkin beliau sedar tiada fakta yang mampu dibawa untuk menyokong dakwaan UMNO yang ‘Melayu Pulau Pinang di pinggirkan’ itu.

Dengan kegagalannya untuk hadir itu, telah dirumuskan bahawa isu ‘Melayu Pulau Pinang di pinggirkan’ itu dimainkan oleh UMNO itu hanyalah retrotik semata-mata demi survival politik mereka di Pulau Pinang.

Dan beliau juga sesuai dilabel sebagai pengecut kerana takut berhadapan dengan ribuan rakyat yang terdiri dari Melayu Pulau Pinang malam yang hadir pada malam tersebut..

Berbalik kepada demonstrasi semalam, demonstrasi yang bertujuan lebih kepada menunjukkan keprihatinan Pemuda UMNO tentang nasib yang menimpa penduduk Kampung Pokok Asam yang diarahkan berpindah dan mengosongkan kediaman mereka oleh pemaju.

Dalam demonstrasi itu konco-konco Norman Zailan telah berucap, ucapan mereka menghentam kerajaan negeri, pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Majlis MPPP kononnya bersubahat dengan pemaju mahu menghalau penduduk Melayu dari Kampung Pokok Asam.

Mereka berucap seolah-olah merekalah Hero.. merekalah yang prihatin tentang nasib penduduk Kampung itu .. ucapan yang berapi-api tanpa diselidik faktanya..

Berucap seperti ‘Ayam Kampung yang berkokok.. berkokok berderai-derai tapi ekor penuh najis..

Jangan nak jadi hero la brader…

Sebelum bercakap tu selidik dulu fakta .. jangan cakap ikut suka saja…

Malang buat anak-anak Melayu dan Mamak Pulau Pinang yang menerima dan menyokong manusia yang Hipokrit itu sebagai pemimpin mereka..

Mereka berpura-pura terlupa bahawa yang telah meluluskan projek pembangunan Kampung Pokok Asam itu ialah pemimpin mereka sendiri lima tahun yang lalu, diluluskan oleh UMNO/BN yang memerintah Pulau Pinang semasa itu.

Sekarang bila telah tiba masanya untuk dibangunkan, bangun Pemuda mereka (Pemuda UMNO la..) melalak ditepi jalan mengatakan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi penduduk Kampung itu.. Kepala Bapak Hangpa!!

Dimana mereka ketika penduduk kampong itu diusir, seekorpun tidak kelihatan.. dimana mereka ketika rundingan dijalankan untuk meminta penangguhan?

Yang berusaha meminta tempoh untuk berpindah itu ialah Pemimpin-pemimpin Pakatan dikawasan itu, dan AJK Masjid Jelutong, mereka telah meminta dilanjutkan tempoh untuk berpindah dari seminggu kepada tiga bulan… mereka.. bukannya Pemuda UMNO..

Adakah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang dikepalai oleh Norman Zailan itu kini telah kekeringan idea? Mungkinkah juga mereka mahu menonjolkan diri mereka kepada masyarakat supaya mesyarakat tidak lupa kepada mereka.? Segalanya mungkin….

Atau mereka sekadar Gila Publisti… mungkin juga.. kah.. kah.. kah..

Berita berkaitan.

Demonstrasi: Mainan politik sempit Umno
Mohd Sabri Said

JELUTONG, 10 Julai: Kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang, Norman Zailan pada demonstrasi jalanan di hadapan Masjid Jamek Jelutong selepas solat fardhu Jumaat semalam mengesahkan Umno merupakan dalang kepada usaha memburuk-burukan kerajaan negeri kononnya mengkhianati penduduk Kampung Pokok Asam yang bakal dibangunkan dengan projek mega.

Timbalan Yang Dipertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor (gambar) menyifatkan apa yang diperkatakan oleh Umno dan konco-konconya sewaktu demonstrasi tersebut tidak benar sama sekali sebaliknya merupakan mainan politik sempit parti itu setelah kalah pada pilihan raya umum lalu.

"Sah Umno dalang segala-galanya dalam perhimpunan selepas Jumaat semalam. Walaupun beliau tidak berucap namun jelas motif mereka menerusi ucapan individu yang terlibat.

“Mereka menghentam kerajaan negeri, pimpinan PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Majlis MPPP kononnya bersubahat dengan pemaju mahu menghalau penduduk Melayu dari Kampung Pokok Asam," ujarnya kesal.

Jelas beliau, matlamat mereka tidak lain semata-mata mahu melihat kestabilan kerajaan negeri Pakatan Rakyat terus tergugat dan akhirnya kalah pada pilihanraya umum ke-13 kelak.

Sedangkan, tambahnya semasa berkuasa, mereka tidak membela nasib rakyat bahkan mengambil peluang keemasan menambah wang saku atau memperkasakan kedudukan kroni.

“Sekarang ini bila hilang kuasa lantas mereka mengambil sikap mengamuk dan cuba mengancam dengan berbagai ragam untuk mengambil perhatian kononya menjadi pembela kepada orang Melayu ketika di bawah pimpinan DAP.

"Buktikan apa yang mereka buat ketika berkuasa. Adakah mereka turun padang mendengar rintihan rakyat atau membantu ketika kemusnahan beberapa buah kampung Melayu di Jelutong sebelum ini melainkan menjauhkan diri di samping mengambil peluang mendapatkan kewangan, " katanya.

Yusoff juga mengingatkan penduduk kampung berkenaan agar tidak terikut dengan rentak Umno dan individu yang kini bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bersama di meja rundingan dengan kerajaan negeri.

Jelasnya, pertemuan antara kariah Masjid Jamek Jelutong dan penduduk Kampung Pokok Asam baru-baru ini bermatlamat membantu mendapatkan maklumat bagi menyalurkan pandangan kepada kerajaan negeri demi kebaikan masyarakat di situ.

"Jangan ada yang melatah mengeluarkan kenyataan yang keras kononnya kerajaan dan Ahli Majlis MPPP tidak mahu membantu bahkan bersekongkol dengan pemaju mengusir penduduk Melayu. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah buat kerja kotor melainkan kepimpinan Umno dan konco-konconya semasa di era BN berkuasa," tegasnya yang juga Ahli Majlis MPPP.

Sumber berita dari Harakah Daily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails