Wednesday, July 7, 2010

Pemimpin Umno-BN Dalang Aktiviti Curi Pasir di Selangor

ADUN Sri Muda, Suhaimi Shafiei memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan.


Pemimpin Umno-BN Dalangi Aktiviti Curi Pasir Sejak Lebih 20 Tahun Di Selangor

Oleh Frederick Luccas

SHAH ALAM 7 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Suhaimi Shafiei menyifatkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah didalangi agenda politik Umno-Barisan Nasional yang semakin panas punggung ekoran usaha tegas kerajaan negeri membanteras aktiviti dan penyelewengan pengeluaran pasir oleh pihak terbabit sejak lebih 20 tahun dahulu.

Ketika di hubungi Suara Keadilan, Suhaimi berkata arahan siasatan SPRM terhadapnya dikeluarkan tidak sampai 48 jam selepas beliau membuat kenyataan media untuk menbongkar salah guna kuasa dan penyelewangan oleh beberapa individu yang memegang jawatan kanan dalam Umno-BN di Selangor berhubung permohonan tanah di sekitar Shah Alam.

"Perang saraf ini bertepatan dengan usaha propaganda awal yang mengatakan saya adalah salah seorang ADUN KEADILAN yang akan meletakkan jawatan dalam Dewan Undangan Selangor. Apa yang berlaku mengesahkan adanya arahan daripada pihak tertentu agar memberi tekanan kepada saya supaya terperangkap dengan permainan politik mereka, yang telah menetapkan sasaran agar dapat membeli tiga lagi ADUN KEADILAN sebelum penghujung tahun ini.

"Saya di panggil SPRM untuk mengambil keterangan saya atas fitnah oleh seseorang yang cuba mengaitkan saya dengan aktiviti mencuri pasir melibatkan sebuah syarikat bernama MNT Construction Enterprise yang saya sendiri tidak tahu mengenainya dan tidak kenal siapa mereka ini (dibelakang syarikat terbabit)," tegas beliau lagi.

Suhaimi menjelaskan telah menjadi prinsip beliau dan semua ADUN Pakatan Rakyat bahawa tiada seorang pun akan terlibat sama sekali dalam aktiviti haram, bahkan beliau menentang kuat aktiviti mencuri pasir yang amat berleluasa semasa pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Tambah beliau gejala ini semakin terkawal di bawah pengendalian dan pengawasan kerajaan negeri Pakatan Selangor, walaupun masih terdapat sedikit kelemahan.

"Cengkaman KEADILAN ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada mereka yang terlibat hingga terpaksa mencari alternatif dengan mendakwa kami pula yang terlibat dalam kegiatan haram ini.

"Penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd adalah sebagai pemangkin kepada usaha mengurangkan kecurian pasir oleh mereka yang tamak. Aktiviti mencuri pasir juga amat berleluasa di Johor dan Negeri Sembilan, tetapi kegiatan itu tidak disiasat menyeluruh kerana negeri itu adalah di bawah cengkaman Umno-BN," jelas Suhaimi.

Menurut beliau lagi, aktiviti ini berleluasa di bawah kerajaan Umno-BN tetapi dilindungi oleh pimpinan mereka.

Beliau memberi contoh di Shah Alam bagaimana seorang pemimpin politik Umno-BN telah menyalah gunakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi kebenaran kepada lori yang mencuri pasir melalui sebuah kampung kerana menerima sumbangan sebuah syarikat sekitar RM40,000 sebulan.

Suhaimi juga menegaskan percubaan kali ini adalah kesinambungan serangan siri terbaru Umno-BN yang memperalatkan agensi seperti SPRM untuk mencemarkan maruah kerajaan negeri Selangor dan mencalar imej beliau sebagai seorang ADUN Pakatan Rakyat yang memegang teguh prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.

"Ini adalah satu propaganda politik dan jelas mempunyai tujuan ‘mala fide’ atau berniat jahat untuk mencemar Pakatan Rakyat secara keseluruhannya. Kami akan menentang usaha jahat ini dengan mendedahkan lebih banyak pembohongan Umno-BN dan menelanjangkan siapa sebenarnya yang melindungi aktiviti pengeluaran pasir haram di sungai dan tanah kerajaan negeri satu ketika dahulu.

"Kita minta SPRM siasat mereka tanpa memilih bulu dan akhirnya, kebenaran pasti akan terbukti. Serangan ini tidak sama sekali akan melemahkan semangat saya dan rakan rakan untuk terus berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran," tambah beliau.

Beliau serta ADUN Batu Caves Amirudin Shari di panggil SPRM Khamis lalu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah. Suhaimi dipanggil semula ke SPRM Isnin lepas.


Suara Keadilan

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails