Saturday, July 10, 2010

PANAS!! Anwar didakwa bayar CNN

Videoclip interview antara CNN dan Anwar sila lihat di bawah..


PANAS!! kah.. kah.. kah.. Itulah perkataan yang sering digunakan oleh sebuah blog dari puak seberang sana tu.. blog Mamak yang terlebih Melayu.. Kalau sesiapa yang selalu menjenguk blog popular puak dari sebelah sana pasti akan perasan dia selalu memulakan tajuk entry nya dengan perkataan PANAS!! Walaupun tak panas..

Mohd Shafie Apdal, berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temubualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Betul tu… apa yang nak dihairankan sangat kalau Anwar Ibrahim menggunakan khidmat CNN untuk menyakinkan pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti Yahudi, UMNO/BN sendirpun bayar syarikat yang dikuasai Yahudi, APCO RM78 Juta untuk memulihkan atau meningkatkan imej pentadbiran Najib..

RM78 Juta dibayar tapi 1Malaysia tetap tidak popular dikalangan bukan bumiputera.. tak percaya sila baca di SINI.. tak popularpun…

Berita kat bawah tu aku ambil dari Media UMNO yang tak pernah kena surat tunjuk sebab dari KDN walau apa isu yang dibawanya..

Korang baca dan nilailah sendiri kerana semua media Pakatan Rakyat telah tidak diperbaharui kebenaran penerbitannya oleh KDN.. mereka seolah-olah memaksa kita membaca laporan dari berita seperti dibawah..

Bacalah dan anggaplah ini sebagai latihan…




CNN Interview


Anwar didakwa bayar CNN


KUALA LUMPUR 9 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, pada masa sama Anwar juga menggunakan lobi rangkaian sahabatnya di CNN bagi menaikkan semula imejnya di kaca mata dunia.

Rasionalnya dakwaan itu, tegas Trevino, bagaimana perjalanan wawancara itu dikendalikan dan soalan yang dirancang, jelas bertujuan menjayakan misi Anwar untuk menambat semula sokongan pelobi Yahudi.

"Wawancara adalah sebahagian daripada misi lawatan mohon maaf ke Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali kenyataan anti-Yahudi yang diucapkan. Kesimpulannya, media Barat telah membuat liputan yang salah.

"Wawancara oleh CNN tersebut tidak menyebut langsung berkenaan berita utama terhadap yang dilemparkan kepada Anwar hari ini (anti-Yahudi)," katanya seperti yang dipetik melalui tulisan di The New Ledger.

Dalam rancangan temu bual Connector of the Day terbitan CNN, minggu lalu, Anwar mengambil peluang itu untuk memburukkan negara selain turut mempertikaikan kewibawaan sistem kehakiman negara

Antara tuduhannya dalam rancangan itu, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh.

Mengulas lanjut Trevino yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Ketenteraan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush berkata, Anwar juga tidak telus apabila memberi pelbagai jawapan yang kabur.

Katanya, dalam isu undang-undang syariah sebagai contoh, Anwar dilihat berusaha menampilkan dirinya sebagai anti undang-undang syariah seperti yang dikehendaki oleh pihak Barat, tetapi dalam masa sama tidak mahu kehilangan sokongan Pas yang mempertahankan perundangan syariah itu.

Dalam pada itu, beliau menyelar wartawan CNN yang bertanggungjawab menemu bual Anwar kerana tidak melakukan penyelidikan mendalam, sebaliknya hanya menghabiskan beberapa minit untuk bertanyakan Penasihat PKR itu dengan soalan-soalan yang mudah.

Beliau mempersoalkan kenapa CNN tidak bertanyakan kegagalan Anwar mengotakan janjinya membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008 dan tidak meminta bukti daripada ketua pembangkang itu mengenai bukti kononnya kerajaan Malaysia dibantu pelobi Yahudi.

"Wartawan CNN itu jelas tidak berminat melakukan hal-hal kewartawanan, hal ini memudahkan Anwar untuk mencipta lebih banyak kekaburan.

"Inilah yang terjadi di kalangan media utama. Sesiapa sahaja yang telah dibayar oleh Anwar untuk menaikkan imejnya di Amerika Syarikat yang pastinya mempunyai hubungan rapat di kalangan pengamal media, khususnya di CNN," katanya

Baru-baru ini, akhbar Washington Post melalui tulisan kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl, mendedahkan bahawa Anwar berada di Washington pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok Yahudi.

Kunjungan Anwar itu dibuat selepas ketua pembangkang tersebut yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai tokoh Yahudi dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau sebagai anti-Yahudi dalam isu APCO Worldwide.

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, sebuah laman web berhaluan kanan, The Evangelical Outpost yang memetik pendapat golongan penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte, mendesak pembuat polisi Amerika supaya menghentikan hubungan baik dengan Anwar.


Media UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails